FAM Terkejut Rayuan Ditolak Pihak FIFA, Sedia Bawa Kes 7 Pemain Warisan Ke CAS

CAS merupakan sebuah institusi antarabangsa yang bebas dan neutral yang ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan sukan melalui timbang tara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FAM & FIFA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia bawa kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS) selepas rayuan ditolak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM malam tadi, pemangku presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi memaklumkan persatuan bola sepak itu memaklumkan akan mengambil langkah seterusnya sebelum sedia bawa kes ke CAS.

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima keputusan rayuan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), di mana rayuan kami telah ditolak.

"FAM akan menulis kepada FIFA untuk mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis keputusan tersebut sebelum mengambil langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS)," katanya.

FAM akui terkejut dengan keputusan FIFA namun sedia perjuangkan hak pemain di peringkat antarabangsa.

"Ini merupakan kali pertama FAM berdepan dengan situasi seperti ini, dan pihak peguam serta pengurusan kami amat terkejut dengan keputusan tersebut.

"Walau bagaimanapun, FAM akan terus teguh memperjuangkan hak para pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via Malaysia NT

Jawatankuasa Rayuan FIFA meneruskan 'hukuman' terhadap FAM dan tujuh pemain terlibat

Dalam satu kenyataan FIFA malam tadi, Jawatankuasa Rayuan FIFA telah membuat keputusan mengenai rayuan yang dibuat oleh FAM dan tujuh pemain, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Rayuan yang dilakukan adalah terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA atas pelanggaran artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) mengenai pemalsuan dokumen.

Jawatankuasa Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan tersebut, dan mengesahkan 'hukuman' berikut yang dikenakan ke atas FAM dan tujuh pemain tersebut:

  • FAM diarah membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) kepada FIFA.
  • Pemain Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano masing-masing diarah membayar denda sebanyak CHF 2,000 (RM10,400) kepada FIFA.
  • Pemain-pemain yang disebutkan di atas dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.


FAM dan pemain terlibat mempunyai 10 hari untuk memohon motivated decision dan susulan pemberitahuan ini, pihak yang terlibat akan mempunyai 21 hari untuk kemungkinan rayuan di CAS.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: