FAM Jelaskan Gambaran Yang Diberikan Dalam Keputusan Oleh FIFA Adalah Tidak Tepat

FIFA sebelum ini mendedahkan asal usul sebenar tujuh pemain warisan Harimau Malaya yanbg terlibat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FAM & @theaseanball (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan dakwaan FIFA adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan FAM di laman sosial, persatuan bolasepak itu menafikan dakwaan yang dikeluarkan FIFA menerusi satu laporan rasmi yang dikeluarkan awal pagi tadi.

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa gambaran yang diberikan dalam keputusan FIFA adalah tidak tepat.

"Dakwaan bahawa pemain "memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu" adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.

"FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah," tulis kenyataan itu.

SAYS.com
Image via FAM

Akan mengemukakan dan membuat rayuan rasmi

Menurut FAM, rayuan rasmi berhubung perkara ini sedang disediakan dan akan dikemukakan kembali bertujuan mempertahankan integriti bola sepak negara.

"Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission iaitu ralat pentadbiran (administrative error), apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

"FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini, dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih," menurut kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: