FAM, JDT & Selangor FC Masing-Masing Kena Hukuman Denda Dengan AFC

Kesemua pihak yang terlibat perlu menyelesaikan hukuman denda berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FAM & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) beri hukuman denda terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta dua kelab Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC

Menerusi laporan Berita Harian, FAM telah dikenakan hukuman tersebut oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC atas kesalahan melanggar peraturan dalam perlawanan membabitkan saingan kelayakan Piala Asia 2027.

FAM didenda AS$1,875 (RM7,788) kerana melakukan kesalahan di bawah Perkara 2.2 Manual Operasi Pertandingan AFC ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 14 Oktober lalu.

"Wakil pihak responden menyebabkan kelewatan untuk memulakan separuh masa kedua perlawanan selama dua minit dan 30 saat.

"Denda itu hendaklah diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini dimaklumkan selaras dengan Perkara 11.3 Kod Tatatertib dan Etika AFC," menurut Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC.

SAYS.com
Image via Asean Football

Selangor FC turut dikenakan denda atas kesalahan serupa

Selangor FC telah dikenakan hukuman atas kesalahan yang serupa membabitkan perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Kelab bola sepak itu dikenakan denda AS$1,250 (RM5,195) apabila wakil pasukan berkenaan menyebabkan kelewatan sepak mula separuh masa kedua selama satu minit dan 20 saat dalam aksi ACL2 menentang Persib Bandung, 23 Oktober lalu.

Sementara itu, JDT dikenakan denda AS$5,000 (RM20,783) selepas didapati gagal menyediakan 'Clean Stadium' di tapak latihan rasmi bagi perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang kelab Jepun, FC Machida Zelvia, 30 September lalu.

JDT dan Selangor juga perlu menyelesaikan hukuman denda berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: