Fadhlina Lapor Polis & SKMM Lepas Dituduh ‘Sepupu’ Dengan Pengetua Sekolah Arwah Zara Qairina

Ia susulan sebuah komen seorang individu mendakwa Menteri Pendidikan itu merupakan sepupu kepada pengetua sekolah terbabit.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan selepas dikaitkan dengan pengetua sekolah Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu yang meninggal dunia di Sabah pada Julai lalu

Menerusi sebuah hantarannya di Facebook, Fadhlina menyifatkan ia sebagai salah satu fitnah yang disebar boleh menyebarkan kebencian.

Menurutnya, komen yang mengaitkan namanya itu dilihat keterlaluan kerana turut melibatkan nama arwah ibunya.

"Akhir-akhir ini banyak sekali fitnah direkayasa secara liar, jahat dan menyebarkan kebencian.

"Terkini, ada beberapa individu yang cuba mengaitkan saya dengan Pengetua SMKA TDM.

"Setakat tepis dan nafi, ternyata tidak menjadi pengajaran. Apatah lagi fitnah itu mengaitkan arwah ibu saya yang sudah tiada di dunia ini untuk mempertahankan dirinya," tulisnya.

Tegas Fadhlina, spekulasi tersebut dilihat berniat jahat dan boleh memberi kesan kepada masyarakat.

SAYS.com
Image via Facebook

Telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Tambahnya, laporan kepada pihak PDRM dan MCMC berkenaan fitnah terbabit turut sudah dilakukan.

"Tindakan undang-undang juga akan diambil. Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

"Saya menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi. Hormati keluarga Allahyarham Zara Qairina dan beri ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.

"Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa," tegasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: