Extra Joss Lancar Semula Varian Oren Untuk Cita Rasa Tempatan & Pengguna Di Malaysia
Sedap, segar dan bertenaga!
Cover image via Extra Joss MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Extra Joss, jenama minuman tenaga terkemuka di Asia Tenggara, hari ini secara rasmi melancarkan semula varian Extra Joss Oren di pasaran Malaysia
Langkah strategik ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan pasaran (market share) dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mahukan rasa yang lebih ringan dan menyegarkan.
Pelancaran ini mengekalkan tagline ikonik mereka, "Sedap, Segar dan Bertenaga!", sekali gus melengkapkan rangkaian perisa sedia ada seperti Active, Anggur, dan Mangga.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus
Image via Extra Joss MalaysiaPengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus, menyatakan bahawa pengenalan semula perisa Oren ini adalah sebahagian daripada pelan pembangunan produk yang lebih agresif bagi tahun 2026 dan 2027.
"Walaupun perisa Anggur kekal sebagai kegemaran ramai, kami melihat potensi besar dalam segmen pengguna yang mahukan pilihan tenaga yang lebih segar untuk dinikmati pada bila-bila masa. Kami sedang menyusun pelbagai perisa baharu untuk memenuhi evolusi gaya hidup pengguna masa kini," ujar beliau semasa majlis pelancaran tersebut.
Isu 'parallel import' (Import Selari), pengguna digesa berwaspada
Dalam majlis yang sama, Kalbe Malaysia turut membangkitkan isu penting mengenai lambakan produk Import Selari (Parallel Import) di pasaran tempatan. Walaupun produk tersebut bukan tiruan atau selundup, pihak syarikat menegaskan beberapa risiko utama:
- Tiada Kawalan BKKM: Produk import selari tidak melalui proses pelabelan rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Isu Percukaian: Tidak melalui proses percukaian rasmi Malaysia, yang mewujudkan perbezaan harga tidak mampan.
- Jaminan Kualiti: Hanya produk yang diedarkan secara rasmi oleh Kalbe Malaysia dijamin mematuhi piawaian keselamatan tempatan dan sokongan pelanggan sepenuhnya.

Extra Joss Oren tetap mengekalkan formulasi unggulnya yang menggabungkan Vitamin B Kompleks, Ginseng Korea, dan Royal Jelly. Produk ini direka dalam bentuk paket yang ringkas, memudahkan pengguna mendapatkan tenaga segera dengan hanya membancuhnya bersama air sejuk atau dicampur dengan susu (Extra Joss Susu) yang popular di kedai-kedai mamak dan restoran F&B.
Bagi tahun 2026, Kalbe Malaysia telah merancang siri pemasaran komprehensif merangkumi media massa (TV dan Radio), media sosial, serta promosi melalui acara belia dan sukan universiti. Langkah ini bertujuan untuk mendekatkan jenama dengan komuniti yang mengamalkan gaya hidup aktif.
Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh tokoh-tokoh industri termasuk Setiausaha Agung PRESMA, Tuan Habeebur Rahman, dan Setiausaha MSAT, Lt. Kol. Fathi Abu Bakar, yang menunjukkan sokongan padu sektor F&B terhadap jenama ini.

Dari kiri Pengurus Jualan Negara, Leong, DKSH, Lee Koon Gui, Pengurus Negara Kalbe Malaysia, Oktavianus, Setiausaha Agung PRESMA, Habeebur Rahman, Setiausaha MSAT Lt. Kol. Fathi Abu Bakar dan Pengurus Jenama Extra Joss, Jerry Yew.
Image via Extra Joss MalaysiaLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



