Excel Travel, Yayasan Maghfirah Perkenal Pakej Khas Pengajian & Pelancongan Ke Mesir Dinamakan Ahlan Cairo
Pakej selama 17 hari 15 malam itu memberi peluang peserta belajar Al-Quran bersama guru bertauliah Al Azhar.
Cover image via Excel Travel & ToursFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tradisi pembelajaran Al Quran secara bersanad terus diperkasa apabila Excel Travel bekerjasama dengan Yayasan Maghfirah memperkenalkan pakej khas pengajian dan pelancongan ke Mesir dinamakan Ahlan Cairo
Kaedah bersanad yang menjadi amalan ulama sejak zaman Rasulullah SAW itu kekal penting dalam memastikan bacaan Al Quran disampaikan tepat seperti diterima daripada malaikat Jibril dan diwarisi dari generasi ke generasi.
Walaupun tidak diwajibkan, pembelajaran bersanad dianggap simbol ketulenan dan integriti bacaan terutama bagi surah yang wajib dibaca dalam solat.
Menyedari kepentingan itu, pakej selama 17 hari 15 malam itu memberi peluang peserta memperbetulkan bacaan Al Fatihah, memantapkan makhraj dan tajwid serta mempelajari qiraat bersama guru bertauliah Al Azhar.

Dari kiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah,Muhammad Shuib Norudin, Pengerusi Ahli Pemegang Amanah & Pengerusi Eksekutif Yayasan Maghfirah, Mohd Sahrularifin Ab Manan, Pengurus Besar Excel Travel, Abdul Hafiz A Rahman dan Penasihat Agama Excel Travel, PU Akram Ikrami Taib Azzamuddin.
Image via Excel Travel & ToursSeramai 25 syeikh yang memiliki Sanad Qiraat Ali bersetuju menyertai siri pertama yang berlepas Ahad ini, 7 Disember 2025
Pengurus Besar Excel Travel, Abdul Hafiz A Rahman berkata, peserta akan ditempatkan di Darul Maghfirah, bangunan sembilan tingkat milik Yayasan Maghfirah yang baharu siap dibaik pulih dan dilengkapi kemudahan penginapan bertaraf hotel dengan kapasiti maksimum 40 orang.
MoU kerjasama itu ditandatangani pada 4 Disember lalu antara Excel Travel dan Yayasan Maghfirah yang diwakili Pengerusi Ahli Pemegang Amanah, Mohd Sahrularifin Ab Manan. Turut hadir Penasihat Agama Excel Travel, PU Akram Ikrami Taib Azzamuddin dan CEO Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Norudin.
Pakej Ahlan Cairo dilancarkan pada harga RM16,900 termasuk lawatan ke lokasi bersejarah seperti Piramid Giza, Alexandria, Fayoum, makam Imam Shafie serta beberapa tempat peranginan. Sebagai promosi, 20 peserta terawal menerima potongan RM2,000.

Sebelum berangkat, semua peserta akan melalui sesi saringan bagi menilai tahap penguasaan bacaan sebelum diserahkan kepada guru masing-masing. Kelas berlangsung empat hari seminggu, manakala Jumaat hingga Ahad diisi dengan lawatan. Tamat program, peserta akan menerima sijil pengesahan sanad.
Abdul Hafiz berkata, pihaknya turut menyediakan pakej khas Ramadan bagi membolehkan umat Islam merasai pengalaman berpuasa dan beribadah di bumi Mesir.
Sementara itu, Mohd Sahrularifin berharap kerjasama ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadikan Darul Maghfirah pusat pengajian serta kebajikan yang bermanfaat kepada rakyat Malaysia di Mesir.

Darul Maghfirah di bumi Mesir.
Image via Excel Travel & ToursLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



