Esok Bapa Nak Pergi Haji, ‘Trick’ Adik Beradik Ini Lakukan Buat Bapa Mereka Sebak
"Nah ayah, test!"
Cover image via Fdaus Ahmad/FacebookSebagai seorang anak, pastinya kita ingin melihat kedua-dua orang tua kita sentiasa gembira dan bahagia. Tiada satu pun yang ada di atas muka bumi ini mampu membalas jasa mereka sewaktu membesarkan kita
Memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gembira adalah tanggungjawab anak-anak. Itulah yang dilakukan oleh saudara [Fdaus Ahmad](https://www.facebook.com/fdaus.ahmad/posts/10209165508628506) ini yang mana telah berkongsi satu kisah yang cukup memberi inspirasi kepada orang ramai di laman Facebook.
Beliau menceritakan bagaimana beliau bersama adik-beradiknya membuat bapanya menangis sehari sebelum kedua-dua orang tuanya itu terbang meninggalkan Malaysia untuk menunaikan ibadah haji di Mekah.
Beliau memberitahu, sewaktu beliau menulis kisah ini, ibu bapanya sudah pun berada di dalam kapal terbang dalam perjalanan ke tanah suci Mekah
Akhirnya bapanya bersetuju dan waktu itu jugalah mereka terus bergerak ke Ipoh
Sampai sahaja di sana, beliau membawa bapanya ke ruang belakang BMW showroom. Lalu…
Image via Fdaus Ahmad/Facebook
Tambah beliau lagi, sepanjang hayat bapanya itu, tidak pernah sekalipun bapanya membeli kereta baru. Itu semua tidak penting bagi dirinya. Yang penting adalah keluarga dan pelajaran anak-anak.
Image via Fdaus Ahmad/Facebook
Kini mereka sudah besar. Semua pesanan abah mereka sewaktu kecil dulu mereka ikut cuma yang satu ini saja tidak.
Image via Fdaus Ahmad/Facebook
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ


