Eskayvie Tampil Perkukuh Jenama, Fokus Terajui Impak Kesihatan Sebenar Buat Masyarakat

Eskayvie turut melancarkan kempen "Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda".

Enlarge text
Cover ImageCover image via Eskayvie Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di tengah-tengah cabaran landskap kesihatan global yang kian mencabar, Eskayvie terus mengukuhkan kedudukannya bukan sekadar sebagai peneraju perniagaan, malah sebagai jenama yang membawa solusi berteraskan sains dan nilai kemanusiaan

Komitmen ini dizahirkan melalui penganjuran Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 di Hotel Mandarin Oriental baru-baru ini. Majlis bertemakan "The Journey Continues: From Purpose to Impact" itu menghimpunkan lebih 400 warga kerja, rakan strategik, dan usahawan Eskayvie Nexus dari seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menegaskan bahawa peranan jenama itu kini telah berevolusi menjadi sebuah ekosistem kesihatan yang bertanggungjawab.

Menurut beliau, masyarakat hari ini berdepan ancaman luar kawal seperti pencemaran mikroplastik, virus baharu, dan peningkatan makanan ultra-proses. Justeru, sokongan kesihatan yang saintifik dan dipercayai adalah satu keperluan kritikal.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri

Image via Eskayvie Malaysia

"Eskayvie bukan sekadar jenama. Kami adalah pasukan profesional terdiri daripada doktor dan pakar nutrisi yang komited mendidik masyarakat. Kejayaan kami tidak diukur pada angka semata-mata, tetapi melalui perubahan kualiti hidup komuniti," ujar Dr. Syid Ayob.

Dalam majlis yang sama, beliau turut merai ukhuwah tahun keenam bersama ikon penyiaran, Datuk Aznil Nawawi sebagai duta jenama yang telah banyak membantu mendekatkan Eskayvie dengan hati masyarakat.

Memperkasa potensi generasi masa hadapan

SAYS.com
Image via Eskayvie Malaysia

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, berkongsi visi syarikat yang memberikan tumpuan khusus kepada pembangunan kanak-kanak melalui kempen "Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda".

Beliau menyifatkan potensi anak-anak adalah tunjang masa depan ummah yang perlu disuburkan melalui nutrisi dan sokongan yang tepat pada waktu sekarang.

"Mesej kami jelas, setiap anak dilahirkan dengan potensi. Tugas kitalah untuk menyuburkannya. Kempen ini akan diperluaskan ke peringkat nasional menerusi kekuatan 130,103 usahawan Eskayvie Nexus bagi memastikan mesej ini sampai secara empatik kepada setiap keluarga," katanya.

Sebagai pemacu strategi 2026, Eskayvie turut memperkenalkan:

  • Formulasi & Pembungkusan Baharu: Penambahbaikan bagi produk teras Mindtropic dan Mindtropic Junior (untuk usia 2 hingga 18 tahun).
  • Ciri Keselamatan: Sistem pengesahan produk bagi menjamin ketulenan dan kualiti.
  • Maskot 'OWI': Simbol potensi anak-anak yang digunakan sebagai medium komunikasi mesra ibu bapa dan kanak-kanak.
SAYS.com

Pelancaran maskot Owi dan packaging baharu Mindtropic Junior menandakan langkah penjenamaan yang lebih mesra kanak-kanak bagi menyokong usaha mendekati golongan keluarga.

Image via Eskayvie Malaysia

Majlis tersebut turut mencapai kemuncaknya dengan penyampaian hadiah utama Honda City 1.5V kepada pemenang Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025. Kempen yang berlangsung sejak 2024 itu mencatatkan penglibatan luar biasa dengan lebih 350,000 penyertaan dan nilai hadiah keseluruhan melebihi RM300,000.

Dengan hala tuju yang lebih terarah dan mampan, Eskayvie kini melangkah ke fasa pertumbuhan baharu yang meletakkan kesejahteraan masyarakat sebagai teras utama perniagaan mereka.

SAYS.com

Daripada lebih 350,000 penyertaan pelanggan sepanjang Kempen Beli & Menang 2025, Rohana Saad muncul sebagai pemenang bertuah hadiah utama Honda City 1.5V.

Image via Eskayvie Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: