Eskayvie Sasar Takluk Pasaran Asia Tenggara, Kesedaran Pengguna Terhadap Penjagaan Kesihatan Semakin Meningkat

Sasaran negara Asia Tenggara yang terlibat termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Singapura dan Brunei.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Eskayvie
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama kesihatan dan kesejahteraan halal terkemuka tempatan, Eskayvie, kini mengalihkan fokus strategiknya kepada inovasi berasaskan sains dan pelan pengembangan serantau yang agresif

Langkah ini bertujuan memperkukuh kelebihan daya saing syarikat dalam sektor kesejahteraan yang sedang berkembang pesat.

Pengasas Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, mendedahkan bahawa syarikat itu sedang menyasarkan pengembangan ke pasaran utama Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Singapura dan Brunei.

Dr. Kartika menjelaskan bahawa pemilihan pasaran ini dibuat berdasarkan potensi pertumbuhan yang kukuh serta kesedaran pengguna yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan pencegahan.

"Indonesia kekal sebagai pasaran tumpuan utama kami disebabkan oleh populasinya yang besar serta keserasian produk dan model perniagaan Eskayvie dengan pasaran di sana,"
ujar beliau pada sidang media kerjasama Eskayvie bersama program Talk To My Manager (TTMM) Musim 2 baru-baru ini.

SAYS.com

Pengasas Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed (kanan) dan Pakar Formulasi Produk Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.

Image via Eskayvie

Bagi jangka masa sederhana, Eskayvie menyasarkan pertumbuhan dua digit setiap tahun dan mencapai skala pendapatan mencecah ratusan juta ringgit, disokong oleh ekosistem keusahawanan Eskayvie Nexus yang mampan.

Dalam pada itu, Pakar Formulasi Produk Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menegaskan bahawa setiap produk syarikat sentiasa bermula dengan penyelidikan sains yang mendalam bagi memenuhi keperluan sebenar tubuh manusia.

Fokus utama kini diberikan kepada kepentingan nutrisi kanak-kanak, di mana Eskayvie menggunakan ekosistem komprehensif termasuk kekuatan lebih 100,000 usahawan Nexus, kempen digital, serta inisiatif di sekolah dan komuniti untuk menyampaikan mesej kesedaran ini kepada ibu bapa.

Kempen "Imbas & Menang", hadiah utama Proton eMas 7

SAYS.com
Image via Eskayvie

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Eskayvie turut memperkenalkan kempen "Imbas & Menang" yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM300,000.

  • Hadiah Utama: Sebuah kereta elektrik (EV) Proton eMas 7.
  • Tempoh Kempen: Pemenang akan dipilih setiap minggu menerusi 10 episod TTMM, bermula 19 April hingga 21 Jun 2026.

Kerjasama bersama program realiti Talk To My Manager (TTMM) Musim 2 di Astro Ria dilihat sebagai platform strategik untuk menekankan peranan keluarga dalam memupuk potensi kanak-kanak menerusi nutrisi yang konsisten.

Program selama 10 minggu ini bakal menampilkan barisan selebriti popular bersama anak-anak mereka, antaranya Adira & Anggrek, Datuk Seri Vida & Cik B, Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Nana Mahazan & Althea dan Pak Azad & Amarra.

TTMM Musim 2 akan mula bersiaran secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) pada jam 9 malam bermula 19 April ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik