Eskayvie Lebar Sayap Buka Pusat Edaran Pertama Di Sarawak
Pusat edaran di negeri itu beroperasi secara rasmi sejak 10 Disember lalu.
Cover image via Eskayvie MalaysiaFollow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seiring visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) maju selangkah lagi menerusi pembukaan pusat edaran pertamanya di Sarikei, Sarawak yang telah pun memulakan operasinya pada 10 Disember lalu
Menurut Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed, keputusan berkenaan didorong permintaan mendadak dua produknya iaitu Diffenz dan Diffenz Junior.
"Kami menjangkakan permintaan terhadap jenama ini akan mencecah 150,000 unit sebulan bagi pasaran Sabah dan Sarawak. Ia bersesuaian dengan keperluan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang lebih baik pada masa kini termasuk di era pandemik Covid-19 ini," katanya.
Image via Eskayvie Malaysia (Facebook)
Tambah Kartika lagi, pusat edaran terbaru di lokasi terbabit akan turut dilengkapi pusat latihan untuk usahawan Eskayvie Nexus bagi mengikuti pelbagai program latihan pemasaran dan jualan yang akan dijalankan.
"Program latihan keusahawanan ini akan dijalankan secara komprehensif untuk semua wakil jualan sah dan berdaftar sebagai Eskayvie Nexus" ujarnya.
Penghantaran melalui khidmat kurier kini hanya mengambil masa sekitar satu hingga tiga hari di Sarawak
Malah, Kartika optimis kewujudan pusat edaran itu dapat memberi banyak kelebihan kepada pelanggan dan pengguna khususnya di Sabah dan Sarawak.
"Produk kami kini boleh didapati dengan lebih mudah dan cepat dengan tempoh penghantaran melalui khidmat kurier yang hanya mengambil masa sekitar satu hingga tiga hari bagi Sarawak.
"Manakala bagi Sabah pula mengambil masa jangkaan dalam tiga hingga lima hari. Inisiatif ini pastinya sangat membantu pelanggan di Sabah dan Sarawak untuk menikmati penjimatan kos penghantaran yang lebih rendah dan lebih cepat berbanding sebelum ini.
"Selain itu, pusat edaran ini turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan sebagai usahawan Eskayvie Nexus," katanya.
Image via Eskayvie Malaysia (Facebook)
Menjelang 2022, Kartika berkata Eskayvie yang diterajui bersama suaminya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri itu mensasarkan untuk membantu seramai 50,000 usahawan menjana pendapatan lumayan.
Untuk maklumat lanjut layari www.eskayvie.com atau halaman Facebook Eskayvie Malaysia https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official atau Instagram @eskayviemalaysia.
Image via SAYS Seismik


