Erma Fatima Kembali Dengan Naskhah ‘Toksik Cinta’, Tampilkan Sisi Gelap & Obsesi Dalam Percintaan

Jangan lupa saksikan drama sarat emosi ini mulai 27 Oktober 2025 di Tonton!

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV3 Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di sebalik manisnya kata cinta, ada racun yang tak terlihat

Itulah intipati yang cuba disampaikan menerusi Tonton Original Series terbaharu berjudul 'Toksik Cinta', sebuah naskhah arahan Pali Yahya dengan skrip oleh pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima.

Dengan gabungan elemen melodrama, thriller rumah tangga dan jenayah, Toksik Cinta membawa penonton menyelami sisi gelap hubungan manusia tentang bagaimana cinta yang indah boleh bertukar menjadi obsesi yang memusnahkan.

Selepas kejayaan drama 'Keluarga Itu', Erma tampil dengan karya yang lebih berani dan emosional, menggali jauh ke dalam psikologi cinta, dendam dan keinginan untuk memiliki. Dengan gaya penceritaan yang realistik dan sarat dengan emosi, Toksik Cinta menampilkan refleksi tajam terhadap realiti sosial dan batas tipis antara kasih dan kawalan.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Riena Diana, Aqasha, Keith Foo, Cristina Suzanne, Dayang Areeda, Ruzana Ibrahim, Tony Eusoff, Esma Daniel dan Izzue Islam, drama 30 episod ini menjanjikan kisah penuh konflik, manipulasi dan permainan minda yang mencengkam.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Sinopsis Toksik Cinta

Kisah bermula dengan Alfi (Aqasha), seorang pengarah filem terkenal yang jatuh cinta dengan Karmila (Riena Diana), pempengaruh dan pelakon yang sedang meningkat naik. Cinta mereka berputik di lokasi penggambaran dan berakhir di pelamin, namun kebahagiaan itu tidak kekal lama.

Segalanya musnah apabila Karmila memfailkan penceraian dan mendakwa dirinya didera. Dengan bantuan peguamnya, Amsyar (Keith Foo), Karmila membawa kes tersebut ke mahkamah untuk membuka lembaran baharu yang penuh misteri, rahsia dan persoalan tentang siapa sebenarnya mangsa dan siapa pemangsa.

Berkongsi mengenai wataknya, Riena Diana menyifatkan Karmila sebagai seorang wanita yang penuh luka dan keliru.

"Saya cuba faham dari mana datangnya luka dia. Karmila lahir dalam keluarga berantakan, dan semua itu buat dia nampak kuat, tapi sebenarnya rapuh. Toksik Cinta bagi saya adalah tentang bagaimana cinta dan luka silam mengubah cara dia melihat dunia," katanya.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia
SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Lebih daripada kisah cinta

Toksik Cinta bukan sekadar kisah perceraian atau konflik suami isteri. Ia adalah cerminan realiti sebenar tentang bagaimana cinta boleh bertukar menjadi medan kuasa dan manipulasi. Ia mengajak penonton menilai semula siapa sebenarnya yang bersalah, dan sejauh mana cinta boleh menjadi beracun bila disaluti ego dan dendam.

Drama sarat emosi ini bakal menemui penonton mulai 27 Oktober 2025, eksklusif hanya di Tonton.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia
Fetching content

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: