Eric Cantona Desak FIFA & UEFA Gantung Israel Segera, Sepanyol Ugut Boikot Piala Dunia 2026

Kenyataan lantang itu diucapkannya ketika konsert 'Together for Palestine' di Ovo Arena, Wembley baru-baru ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via DailyMail & Stretty News
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Legenda Manchester United, Eric Cantona menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menggantung penyertaan Israel daripada bola sepak antarabangsa, sama seperti hukuman yang dikenakan terhadap Rusia selepas pencerobohan ke atas Ukraine

Cantona, 58, membuat kenyataan lantang itu ketika berucap dalam konsert 'Together for Palestine' di Ovo Arena, Wembley yang turut dihadiri artis terkenal seperti Damon Albarn, Bastille, Pink Pantheress serta pelakon Benedict Cumberbatch.

"Empat hari selepas Rusia memulakan perang di Ukraine, FIFA dan UEFA segera menggantung Rusia. Sekarang sudah 716 hari berlalu dalam apa yang Amnesty International labelkan sebagai pembunuhan beramai-ramai.

"Tetapi Israel masih dibenarkan beraksi,"
kata Cantona.

SAYS.com

Eric Cantona

Image via GOAL.COM

Pada Februari 2022, sejurus Rusia menyerang Ukraine, pasukan kebangsaan dan kelab negara itu digantung daripada semua kejohanan anjuran FIFA dan UEFA termasuk Piala Dunia 2026

Beliau menguatkan desakan agar tindakan sama dikenakan terhadap Israel, khususnya selepas konflik di Gaza sejak Disember 2023 yang mengorbankan lebih 65,000 nyawa menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Namun, Presiden UEFA, Aleksander Ceferin mempertahankan keputusan tidak menggantung Israel, dengan alasan atlet tidak wajar dihukum atas tindakan kerajaan mereka.

"Apa yang berlaku terhadap orang awam memang menyakitkan hati saya, tetapi saya tidak menyokong penggantungan atlet. Apa yang boleh dilakukan seorang pemain bola sepak untuk menghentikan perang?" kata Ceferin kepada Politico.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun Rusia digantung lebih tiga tahun, perang tetap berlanjutan.

SAYS.com

Iklan yang terpampang di New York meminta badan induk bola sepak memboikot Israel.

Image via REUTERS

Walaupun berdepan kontroversi, Israel masih dibenarkan menyertai aksi kelayakan Piala Dunia dan baru-baru ini tewas 4-5 kepada Itali.

Di peringkat kelab, Maccabi Tel-Aviv akan beraksi dalam Liga Europa musim ini termasuk bertemu Aston Villa di Birmingham pada November depan.

Kenyataan Cantona sekali lagi membuka perdebatan mengenai peranan badan bola sepak dunia dalam isu geopolitik serta persoalan sama ada atlet wajar menjadi mangsa konflik.

Tonton video penuh ucapan Eric Cantona di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: