Emma Maembong Ada Perjanjian Maut? Tonton Santau Perempuan Terlarang Mulai 18 Disember Ini

Ada berani ke nak tengok?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tonton
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap impian ada harga, dan ada masanya harga itu terlalu berat untuk diceritakan

Berbekalkan nadi kisah tersebut, Tonton menutup tahun ini dengan sebuah naskhah seram thriller berjudul Santau Perempuan Terlarang, yang menyelam jauh ke sudut paling tersembunyi dunia hiburan dalam merungkai obsesi terhadap populariti demi mengejar puncak kejayaan.

Siri ini bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2025 dan akan bersiaran setiap Isnin dan Khamis dengan satu episod berdurasi satu jam, eksklusif di Tonton.

Sepanjang perjalanan ceritanya, penonton akan disajikan gambaran sejauh mana seseorang sanggup menggadaikan prinsip dan maruah diri sendiri demi sesuatu yang sukar digapai, disokong oleh barisan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil, Amin Iman dan Hanna Aqeela.

Mengulas tentang penglibatannya, Emma Maembong berkongsi, "Saya sudah lama tidak kembali ke genre mistik, jadi watak Sapora membuka ruang untuk saya meneroka sisi yang lebih kompleks dan bersifat psikologi.

"Dia bukan sahaja wanita misteri, tetapi juga simbol obsesi dan kuasa. Membawa karakter seperti ini memang mencabar kerana ia menuntut saya mengawal emosi secara halus, dengan unsur sensual dan trauma yang perlu dihayati sepenuhnya," katanya.

SAYS.com
Image via Tonton

Kisahnya berpusat pada Iqbal (Nabil Aqil), seorang pelakon yang sudah bertahun bertarung nasib dalam industri namun tetap dipandang sepi

Casting silih berganti, tetapi kedudukannya tidak berubah, dan yang paling memilukan, watak utama yang diimpikannya sekali lagi jatuh ke tangan Ako Danial (Fadlan Hazim), pelakon sensasi yang sering menjadi rebutan.

Dalam masa yang sama, hubungan dengan tunangnya, Maria (Hanna Aqeela), semakin goyah akibat tekanan hidup dan kerjayanya yang tidak menentu.

Ketika situasi itu mula menelan dirinya, rakannya Maman (Amin Iman) mencadangkan agar Iqbal bertemu seorang wanita bernama Sapora (Emma Maembong), yang dikatakan mampu "membersihkan aura" melalui rawatan tradisionalnya.

Sapora dikenali sebagai figura cantik dan lembut tutur kata, sering dipuji kerana kesediaannya membantu sesiapa sahaja yang datang mencarinya.

Sampai ke satu tahap, pertemuan dengan Sapora menjadi titik perubahan hidup Iqbal, seolah-olah seluruh impiannya terbentang di depan mata. Persoalannya, apakah yang sebenarnya dilakukan Sapora hingga hidup Iqbal berubah sedemikian rupa? Adakah Iqbal sedar akan jerat yang perlahan-lahan membelitnya?

Nantikan Santau Perempuan Terlarang, sebuah kisah yang bernafas melalui rahsia dan bayang-bayang, mula ditayangkan minggu ini, eksklusif hanya di Tonton. Untuk maklumat lanjut, ikuti platform penstriman ini di FacebookXTikTok, dan Instagram di @tontonmy.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: