Elrah Exclusive Didakwa 'Ciplak' Rekaan Samping Warisan Milik Suami Pempengaruh?

Semoga isu ini dapat diselesaikan segera.

Cover ImageCover image via @tyrakmrzmn (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, jenama pakaian terkemuka, Elrah Exclusive didakwa plagiat rekaan samping warisan turun-temurun keluarga suami pempengaruh iaitu Tyra Kamaruzzaman

Perkara itu menjadi viral dan mengundang kecaman ramai selepas Tyra memuat naik hantaran berserta tangkap layar perbualan antara suaminya dengan founder Elrah Exclusive, El Azman di Instagram.

Menurutnya, mereka telah cuba menghubungi Elrah Exclusive sejak bulan Februari, namun sehingga kini tidak mendapat jawapan dan penjelasan daripada pihak sana.

Tyra mendakwa, bukan saja rekaan, tetapi warna samping Elrah Exclusive juga sama seperti samping yang dipakai oleh suaminya

Tyra berkata dia bukanlah sengaja membesar-besarkan hal tersebut, namun agak terkilan kerana pihak Elrah seolah-olah mengambil ringan isu tersebut sedangkan ia adalah plagiat secara teran-terangan.

Susulan itu, dia dan suaminya telah membuat tuntutan ke mahkamah bagi menyelesaikan kes plagiat tersebut. 

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: