Elon Musk Perkenalkan Grokipedia, Pesaing Kepada Ensiklopedia Online Wikipedia
Ada yang dah cuba ke Grokipedia?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Elon Musk melancarkan Grokipedia, sebuah ensiklopedia dalam talian yang diletakkan sebagai pesaing kepada Wikipedia
Menulis di media sosial, Musk berkata Grokipedia.com "kini sudah tersedia" dan matlamatnya adalah memaklumkan "kebenaran, kebenaran yang sebenar dan tiada apa-apa selain kebenaran."
Menerusi laporan Harian Metro, pemilik platform media sosial X itu berkata, perkhidmatan baharu tersebut akan menjadi "penambahbaikan besar" berbanding ensiklopedia dalam talian yang sekian lama wujud di mana entri Wikipedia dicipta dan disunting oleh sukarelawan.
Jutawan itu telah lama menimbulkan persoalan bahawa Wikipedia merupakan platform yang berat sebelah dari aspek politik.
Dia turut mendakwa Wikipedia mencerminkan pandangan berhaluan kiri berbeza dengan Musk sendiri yang semakin selari dengan posisi sayap kanan.

Nama diambil daripada chatbot AI di X, Grok
Nama Grokipedia berasal daripada chatbot xAI, Grok. Musk menyifatkan Grok sebagai "pencari kebenaran secara maksimum."
Namun, Grok mencetuskan kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini di mana chatbot itu menghasilkan kata-kata anti-Semitik.
Syarikat Musk menyifatkan kejadian itu berpunca dari pengaturcaraan yang cacat.
Dalam pada itu, David Sacks, sekutu Musk yang baru dilantik Presiden Donald Trump sebagai pesuruhjaya AI pentadbirannya, mengkritik penggunaan kandungan Wikipedia untuk melatih perisian AI. Kritikan ini dibuat tidak lama sebelum pengumuman Musk.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 