Ella Lakarkan Sejarah Di Batu Kawan, Konsert Pertama Di Stadium Negeri Pulau Pinang

Get ready battle beli tiket!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Hitman Solutions
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ratu Rock Negara bakal kembali lagi dengan konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru 25 Julai ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

Konsert yang bakal diadakan Pulau Pinang ini membawa dimensi yang lebih peribadi apabila ia bukan sekadar sebuah konsert berskala besar malah membawa simbol kepulangan Ella ke negeri kelahirannya.

Bertepatan dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada Julai, konsert ini dijangka menjadi sebuah detik penuh emosi yang menghubungkan perjalanan seni beliau selama hampir empat dekad dengan tempat asalnya di Utara tanah air.

Momen 'homecoming' ini bukan sahaja signifikan buat Ella sendiri malah ia amat dinanti-nantikan oleh para peminat dan penggemar setianya di wilayah tersebut yang telah lama menyokong perjalanan karier beliau.

Dalam masa yang sama, konsert ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila Ella bakal menjadi artis pertama yang menganjurkan konsert solo di stadium berkenaan, yang turut dikenali sebagai Stadium Batu Kawan.

SAYS.com
Image via Hitman Solutions

Sebuah platform yang membawa mesej yang lebih besar buat masyarakat

Melalui kempen Peace.Love.Rindu., konsert ini mengajak para peminat untuk turut sama menjadi sebahagian daripada usaha memberi kembali kepada komuniti.

Setiap pemegang tiket akan diberi peluang untuk mengundi badan kebajikan pilihan mereka, iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang bagi kategori Peace, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tema Love, dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair bagi Rindu.

Sebanyak RM2 daripada setiap tiket yang terjual akan disalurkan kepada kebajikan yang dipilih. Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan penganjur dan artis untuk menggabungkan elemen hiburan dengan tanggungjawab sosial, sekaligus mewujudkan pengalaman yang lebih bermakna buat semua yang terlibat.

SAYS.com
Image via Hitman Solutions

Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal memaklumkan penganjuran konsert ini merupakan usaha strategik bersama Ella.

"Kami melihat Majlis Tertinggi Rockqueen sebagai satu gerakan yang melangkaui konsert semata-mata. Ia adalah sebuah pengalaman yang menyatukan peminat melalui muzik, emosi dan mesej yang dibawa.

"Membawanya ke Pulau Pinang membolehkan kami mendekatkan pengalaman ini kepada peminat di wilayah Utara, dan dalam masa yang sama membuka ruang kepada lebih ramai untuk menjadi sebahagian daripada 'Ahli Majlis Tertinggi'," jelasnya.

Disifatkan sebagai refleksi kepada perjalanan kariernya

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin turut menyifatkan konsert ini sebagai refleksi kepada perjalanan seninya yang panjang serta platform untuk terus berkongsi nilai yang dipegangnya.

Beliau menyatakan bahawa sambutan ulang tahun ke-60 serta hampir empat dekad dalam industri muzik memberikan makna yang mendalam terhadap penganjuran konsert ini, yang dilihat sebagai medium untuk terus menyuarakan mesej Peace.Love.Rindu.

Kepulangan ke Pulau Pinang juga disifatkan sebagai satu momen yang sangat dekat di hati, kerana ia bukan sahaja membawa beliau kembali ke tempat asal, tetapi juga mendekatkan dirinya dengan peminat setia yang telah menyokong perjalanan karier seninya sejak awal.

SAYS.com

Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal (kanan) bersama Ella (tengah).

Image via Hitman Solutions

Tiket konsert boleh didapatkan bermula 11 Mei ini, akses awal 8 Mei

Pembukaan untuk pembelian tiket akan bermula pada jam 12 tengah hari Isnin, 11 Mei 2026.

Bagi pemegang tiket tingkat 3 MTR Ella Kuala Lumpur, anda mempunyai keistimewaan untuk mendapatkan tiket lebih awak pada 8 Mei 2026 bermula jam 11 pagi.

Akses ini terhad boleh didapatkan dalam tempoh 24 jam sahaja bermula masa penjualan tiket dan pembeli berpeluang menikmati diskaun untuk kategori Bronze.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi di talian +6012-2655783 atau emelkan ke [email protected].

SAYS.com
Image via Hitman Solutions
SAYS.com
Image via Hitman Solutions
SAYS.com
Image via Hitman Solutions.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik