Ella Furniture Perkukuh Kedudukan Sebagai Jenama Perabot Premium Mampu Milik Di Malaysia

Strategi pemasaran Ella Furniture turut diperkukuh melalui penglibatan selebriti popular, Dato' AC Mizal.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Ella Furniture
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula dari sebuah operasi kilang kecil pada tahun 2019, jenama perabot tempatan Ella Furniture kini berjaya memahat nama sebagai salah satu pemain utama industri perabot nasional

Menawarkan kombinasi kualiti premium dan harga mampu milik, jenama ini kini menjadi pilihan utama keluarga Malaysia yang menginginkan kemewahan tanpa membebankan kewangan.

Pengasas Ella Furniture, Nur Laila Alway, menyifatkan perjalanan mencabar dalam industri yang didominasi oleh pemain besar bukanlah penghalang buat usahawan Bumiputera. Dengan tekad yang kuat, beliau berjaya mengembangkan perniagaan tersebut sehingga memiliki lima cawangan strategik di seluruh negara.

"Bukan mudah untuk menembusi pasaran yang dipelopori pihak lain, namun Alhamdulillah, kini kami sudah mempunyai cawangan utama termasuk Bukit Jelutong (Shah Alam), Johor Bahru, Kota Bharu (Kelantan), Sungai Petani (Kedah) dan cawangan terbaharu di Bangi. Kami juga berhasrat untuk terus mengembangkan empayar ini di lokasi terpilih dalam masa terdekat,"
katanya.

SAYS.com

Pengasas Ella Furniture, Nur Laila Alway

Image via Ella Furniture

Kualiti setanding import dengan jaminan 5 tahun

Salah satu faktor utama yang melonjakkan jenama ini adalah strategi jualan terus dari kilang (direct-to-consumer), yang membolehkan kos dikurangkan tanpa menjejaskan kualiti. Ella Furniture menawarkan rangkaian produk seperti sofa, kerusi makan, meja makan dan katil yang menggunakan material premium seperti kayu meranti yang tahan lama.

Antara keunggulan produk Ella Furniture termasuk:

  • Fabrik Mesra Pengguna: Mudah dibersihkan dan tahan calar (sesuai untuk pemilik haiwan peliharaan).
  • Ketahanan Lasak: Material berkualiti tinggi yang direka untuk gaya hidup moden.
  • Jaminan Eksklusif: Tawaran waranti selama 5 tahun, sesuatu yang jarang diberikan oleh jenama lain dalam segmen harga yang sama.
SAYS.com
Image via Ella Furniture

Strategi pemasaran Ella Furniture turut diperkukuh melalui penglibatan selebriti popular, Dato' AC Mizal, yang telah menjadi duta jenama tersebut sejak tahun 2022. Bermula sebagai pelanggan yang ingin membaik pulih perabot, Dato' AC Mizal akhirnya tertarik dengan kualiti yang ditawarkan.

"Saya sendiri merasai kualiti produk tempatan ini. Sebagai jenama yang diusahakan oleh Bumiputera, saya terpanggil untuk membantu mempromosikannya setelah yakin dengan standard mutunya yang tinggi," jelas beliau kepada media.

Selain sokongan selebriti, Ella Furniture juga mendapat pengiktirafan meluas melalui tajaan dalam siri TV Impiana: Makeover Ruang Selebriti, yang mencatat lebih 2 juta tontonan.

Melihat kepada trend pasca-pandemik di mana permintaan terhadap perabot berkualiti tinggi semakin meningkat, Ella Furniture optimis dengan masa depan syarikat. Fokus terhadap pemasaran digital dan pembukaan bilik pameran (showroom) secara berperingkat menjadi tunjang utama strategi mereka.

"Untuk tahun ini, kami meningkatkan sasaran jualan sehingga RM40 juta, disokong oleh pelbagai kempen promosi yang telah dirancang untuk pelanggan kami di seluruh Malaysia," tambah Nur Laila lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ella Furniture, sila layari laman web di ellafurniture.com.my!

SAYS.com
Image via Ella Furniture

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: