Kongsi Tentang Bahaya ‘Wafaq’, Ramai Ingatkan Supaya Elakkan Lakaran Seperti Ini
Biasa digunakan sebagai pelaris kedai.
Cover image via @MySantaiTv (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai umat Islam, kita wajib menjauhi perbuatan khurafat kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu syirik
Syirik adalah sesuatu perbuatan yang mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain. Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman X yang memaparkan seorang individu menasihati orang ramai untuk jauhkan kedai yang mempunyai pelaris.
Individu kongsi bahaya wafaq yang diamalkan oleh sesetengah orang. Wafaq merupakan satu kertas yang ditulis ayat-ayat tertentu untuk tujuan dan kelebihannya tersendiri. Ayat tersebut mengandungi nama Allah, al-Quran, selawat, huruf Arab, nombor, geometri, lambang dan simbol.
Image via @MySantaiTv (X)
Image via @MySantaiTv (X)
Image via @MySantaiTv (X)
Image via @MySantaiTv (X)
Kebiasaannya, wafaq ini dijumpai di beberapa tempat yang tersorok
Ini antara beberapa lokasi kebiasaan orang simpan wafaq:
– Digantung dalam bingkai gambar pada dinding
– Di atas pintu dan tingkap
– Di pintu
– Diikat di tiang seri rumah
– Disimpan dalam bekas seperti botol & diletakkan di tempat tinggi di rumah dan bilik
– Dalam laci
– Dalam dompet
Hukum menyimpan wafaq adalah haram.
"Selalu nampak ni dekat kedai kedai makan. Hati-hati semua. Saya memang akan perhati. InshaAllah sama-sama jaga" – Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1M views, 4K reposts dan 5K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Image via @MySantaiTv (X)
Image via @MySantaiTv (X)
Image via @MySantaiTv (X)
Image via @MySantaiTv (X)
Lihat posting itu di bawah:
Allahu, hati-hati semua. Lepas ni kena lebih cakna tengok kedai dulu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

