Elak Pesara Jadi Mangsa Scam, JPA Cadang Untuk Kekalkan Bayaran Pencen Bulanan
Cadangan itu disifatkan lebih proaktif.
Cover image via Utusan Malaysia & Harian Metro (Gambar sekadar hiasan)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan dijangka mengekalkan pembayaran bulanan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu yang menggantikan skim pencen, berbanding pengeluaran sekaligus selepas bersara
Menurut laporan Berita Harian, cadangan itu disifatkan lebih proaktif memandangkan terdapat banyak kes pesara kerajaan kerugian wang persaraan akibat menjadi mangsa 'scam'.
Ia juga supaya membolehkan simpanan hari tua diuruskan dengan lebih efisien.
Risau ada pesara jadi mangsa scam selepas baru keluarkan duit
Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata cadangan itu turut dipersetujui Kementerian Kewangan (MoF) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terbabit dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) yang dikelolakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Kita sedang drafkan supaya penjawat awam bagi lantikan tetap bercarum nanti akan terima bayaran bulanan sebagaimana pesara sekarang. Itu sudah boleh kita lakukan kerana ada persetujuan MoF dan KWSP.
"Kita sudah maklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), jika dapat selonggok (sebagaimana sekarang) ada pesara yang jadi mangsa scam hingga baru dua hari keluarkan duit, semuanya habis.
"Jadi kita drafkan supaya mereka terima (bayaran) secara bulanan, katalah setahun keperluan mereka RM25,000, jadi selebihnya simpanan itu akan dilaburkan semula dalam KWSP, ini (lebih menguntungkan) kerana akan terima pula dividen setiap akhir tahun, katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


