Elak Mengantuk Dalam Kelas, Sekolah Ini Wajibkan Pelajar Untuk ‘Power Nap’ Selama 10 Minit

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 yang terletak di Sarawak mewajibkan pelajarnya untuk tidur dari jam 11.25 pagi sehingga pukul 11.35 pagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook SMK Julau No. 2
Logo

Ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa 'Power Nap' ataupun tidur sekejap boleh memberikan banyak faedah dari pelbagai aspek

Memang benar waktu tidur yang secukupnya sangat penting buat semua. Masa untuk seseorang itu tidur adalah di antara 7-9 jam bergantung kepada individu. Namun, apa yang ramai tidak tahu adalah 'power nap' juga penting bagi mengembalikan tenaga terutama di waktu siang.

Power nap ialah perlakuan tidur sekejap yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari.

Bahkan bagi umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu asing kerana ia merupakan satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Buat umat Islam itu sendiri, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah sebelum waktu Zohor yang juga dinamakan Qailullah.

Banyak kajian menunjukkan bahawa tidur sekejap ini adalah sangat baik bukan sahaja untuk minda, fizikal bahkan dari sudut emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 10-20 minit sahaja.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Google

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Google

Baru-baru ini viral di laman Facebook, sebuah sekolah di Sarawak yang mewajibkan pelajarnya untuk power nap

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 yang terletak di Sarawak itu telah menetapkan waktu khas bagi pelajarnya untuk tidur selama sepuluh minit demi merehatkan tubuh badan dan otak sebelum memulakan pelajaran seterusnya.

Menerusi laman Facebook sekolah terbabit, waktu yang ditetapkan untuk pelajarnya mendapatkan power nap ini adalah dari jam 11.25 pagi sehingga pukul 11.35 pagi.

Tambahannya lagi, tujuan utama aktiviti berkenaan dilakukan adalah bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah tersebut lebih bersedia dan segar untuk mengikuti kelas seterusnya.

Image via null

Pukul 11.25 a.m – 11.35 a.m merupakan waktu senyap sekolah dan pelajar diwajibkan untuk tidur selama 10minit….

Posted by SMK Julau No. 2 on Monday, 6 January 2020

Ternyata perkongsian tersebut berjaya menarik perhatian warga Internet yang mana rata-rata memuji dan menyokong tindakan SMK Julau No.2 itu

Ramai yang kagum dengan sekolah itu kerana mengamalkan amalan Nabi Muhammad SAW. Di samping itu terdapat juga guru-guru dalam kalangan warganet yang turut melakukan aktiviti sedemikian untuk pelajar masing-masing.

Antara komen menarik di laman Facebook:

Bagusnya boleh recharge diri sebelum buat kerja lain.

Apa-apa pun, syabas buat sekolah ini di atas inisiatif tersebut. Barulah segar nak belajar!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: