Eksekutif Jualan Meninggal Dunia Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Himpunan RXZ Members 7.0
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang eksekutif jualan maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Jalan Palong 8, Bera ketika dalam perjalanan ke Himpunan RXZ Members 7.0 yang akan berlangsung di Terengganu esok
Menerusi laporan Berita Harian, mangsa, Mohd Syukri Shahrudin, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan tangan.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata kejadian berlaku pada jam 6.30 pagi tadi ketika mangsa menunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah Rembau menuju ke Terengganu.
"Siasatan awal mendapati, mangsa sepatutnya membelok ke kanan di simpang tiga, namun terus bergerak lurus sebelum melanggar tebing bahu jalan.
"Kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikal ditunggang," katanya.
Menurutnya, keadaan jalan di lokasi lurus dengan dua hala laluan, berturap baik, permukaan rata, kering serta pencahayaan jelas pada waktu siang.
"Tiada saman trafik direkodkan terhadap mangsa, manakala motosikal terbabit akan dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan lanjut.
"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tangkap layar gambar arwah Mohd Syukri dari Instagram isterinya.
Image via @nourawahida__ (Instagram)Image viaMasih dalam proses bedah siasat dan akan dibawa pulang ke Rembau petang ini
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story adik mangsa, Mohd Syahmi memaklumkan berita pemergian abangnya di samping memberitahu proses post mortem masih berjalan di Hospital Bera.
"Salam. Buat yang mengenali abang saya Mohd Syukri atau Ahbeng, Abang saya telah terlibat dalam kemalangan dan kembali kepada penciptanya pagi tadi.
"Arwah sekarang masih post mortem di Hospital Bera dan akan pulang ke Rembau menjelang petang nanti dan dimandikan di amal team.
"Kepada sahabat arwah atau yg mengenali arwah, boleh tunggu di rembau. boleh hubungi saya adik kepada arwah jika urgent 011-36260559 untuk bertanya apa apa," katanya.
Menurut Mohd Syahmi, anggaran jenazah untuk tiba di wakaf Amal Team Rembau adalah pada jam 4 petang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 