Ejen Ali The Movie 2 Kini Ditayangkan Di Netflix & Muzik Video Lagu Tema Hanya Kamu Turut Dirilis!

Jom layan sampai lebam!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Primeworks Studios & Netflix
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dari layar perak ke platform penstriman terbesar dunia, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini rasmi menemui ejen-ejen di Netflix bermula 1 Oktober 2025 di rantau terpilih serata dunia

Perkara ini sekali gus telah membuka peluang buat penonton antarabangsa untuk menghayati kehebatan salah satu animasi dari Malaysia.

Untuk rekod, EATM2 berjaya meraih kutipan pecah panggung melebihi RM62.5 juta hasil tayangan di pawagam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja dan Thailand, menjadikannya pencapaian animasi tempatan paling membanggakan tahun ini

Filem ini juga mula mendapat pengiktirafan daripada festival filem antarabangsa setelah dicalonkan dalam kategori Filem Animasi Terbaik di Silk Road International Film Festival ke-12 yang berlangsung di Comprehensive Hall, Fuzhou Strait Olympic Sports Center, China, Jumaat lalu.

SAYS.com
Image via Primeworks Studios

Turut dilancarkan muzik video rasmi Hanya Kamu nyanyian Datuk M. Nasir malam ini

Sebagai tanda meraikan pencapaian ini serta menghargai sokongan padu peminat setia, muzik video rasmi Hanya Kamu nyanyian penyanyi legenda, Datuk M. Nasir juga bakal dilancarkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ejen Ali pada jam 8.00 malam ini.

Diarahkan oleh Ghazi Maslan, muzik video ini dimulakan dengan transmisi mesej khas dari MATA yang diaktifkan oleh Datuk M. Nasir sendiri, sebelum memaparkan kesungguhan ejen-ejen muda menyahut panggilan misi, dengan selingan babak-babak mendebarkan daripada filem. Turut muncul ialah Azri Yunus, komposer dan penulis lirik Hanya Kamu, yang menjadi penggerak kreatif di sebalik lagu ini.

Konsep muzik video ini berlandaskan tema utama lagu, sebuah karya penuh semangat yang menyeru generasi muda untuk mempercayai diri dan berani bangkit sebagai versi terbaik mereka.

Nilai ini seiring dengan perjalanan emosi dan konflik watak utama dalam EATM2, menjadikan muzik video ini sebagai pelengkap filem dengan efek tontonan yang meresap hingga ke jiwa penonton.

Kerja kita belum selesai! Strim Ejen Ali The Movie 2 di Netflix bermula hari ini dan jangan terlepas pelancaran muzik video rasmi Hanya Kamu di YouTube Ejen Ali, tepat jam 8 malam ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: