Ejen Ali The Movie 2 Berjaya Kutip RM15.3 Juta Selepas 4 Hari Tayangan Di Pawagam

Sah, EATM2 kini jadi filem aksi animasi pilihan rakyat!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terima kasih, Ejens! Primeworks Studios dan WAU Animation dengan sukacitanya ingin berkongsi intel tergempar daripada M.A.T.A HQ – Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) telah menerima sokongan luar biasa dengan 1 juta ejen sudah melaporkan diri ke pawagam dalam tempoh empat hari pertama "operasi!"

Kutipan awal EATM2 telah meraih sebanyak RM15.3 juta, satu permulaan yang memberangsangkan untuk filem aksi animasi ini, dan ia membuktikan bahawa wira tempatan ini masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia!

EATM2 turut mencatat sejarah sebagai pembukaan tayangan animasi tempatan yang terbesar ketika tayangan rasmi bermula di 161 lokasi pawagam serentak di seluruh Malaysia dan Brunei pada 22 Mei lalu. 

Sambutan hangat ini membuktikan keterujaan penonton yang tidak sabar menyaksikan kepulangan Ejen Ali di layar perak, dan tayangan dijangka akan terus mencatat angka yang lebih tinggi apabila musim cuti sekolah bermula pada 29 Mei. 

Ketika ini, tiket sedang terjual dengan pantas di pelbagai lokasi, dengan beberapa pawagam mula menambah sesi tayangan bagi memenuhi permintaan penonton.

Jangan tunggu saat akhir! Tempah tiket sekarang dan jadi sebahagian daripada fenomena Ejen Ali yang sedang menggegarkan pawagam seluruh Malaysia!

Pengarah EATM2 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin berkata, "Alhamdulillah, sejak sesi Fans Screening sehingga ke tayangan rasmi di pawagam, sokongan yang kami terima sangat luar biasa. 

"Bagi pihak produksi, kami berasa amat terharu dan gembira setiap kali membaca komen serta maklum balas daripada penonton. Semua itu sangat bermakna buat kami dan lebih menggalakkan kami sebagai pengkarya untuk terus mengusahakan naskhah Ejen Ali yang akan datang."

Image via Ejen Ali

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof turut menyeru lebih ramai penonton untuk terus memenuhi pawagam, khususnya menjelang cuti sekolah yang semakin hampir.

"Kami mengalu-alukan sokongan semua ejens untuk terus membanjiri pawagam dan menyemarakkan lagi semangat terhadap karya tempatan. Datang dan bawalah keluarga serta anak-anak ke pawagam kerana Ejen Ali The Movie 2 sememangnya hiburan yang membawa mesej penting dan sesuai untuk semua peringkat usia. 

"Pada masa yang masa, kami juga mohon kerjasama agar penonton tidak mendedahkan sebarang spoiler bagi memastikan setiap orang dapat menikmati pengalaman penuh tanpa gangguan atau pendedahan awal," katanya.

Jangan lupa gunakan #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: