Harga Jualan Bermula Dengan RM 1, Ini Mungkin Kedai Bundle Yang Akan Sering Anda Kunjungi
Memang murah gila!
Cover image via imageshack.comHarga dari RM1? Macam tak percaya je!
Image via GIPHY
Dibuka sejak November tahun lepas lagi, tetapi baru-baru ni saja kedai ini menjadi bualan orang. Kata mereka, harga barang di sini semua berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua. Betul ke?
Image via Jalan Jalan Jepun
Bila buka saja laman Facebook [Kedai Jalan Jalan Japan](https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/), memang betul lah kedai ini menjual pelbagai barangan semurah RM1. Lihat sajalah gambar di bawah, macam tak percaya. Masih ada lagi kedai yang menjual barangan dengan harga sebegini.
Image via Jalan Jalan Japan
Image via Jalan Jalan Japan
Inilah Kedai Jalan Jalan Japan yang terletak di One City Mall, USJ (Tingkat 1A, Block A). Kedai ini merupakan kedai pre loved barangan Jepun yang terbesar di Malaysia.
Image via @RollwithCarol
Kedai Jalan Jalan Japan ini mula beroperasi pada akhir November tahun lepas sehingga ke hari ini. Kedai ini dibuka setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Ruang di dalam kedai ini sungguh besar sehingga ada pelanggan yang menyatakan bahawa beliau meluangkan masa di sini selama 10 jam. Wahh besar betul tu!
Image via Selangor Eat & Travel
Bukan saja murah, tetapi kedai ini menjual pelbagai jenis barangan Jepun yang terdiri daripada perabot, barangan rumah, komik, dan juga peralatan sukan. Harganya sungguh berpatutan dan semestinya anda akan rambang mata!
Image via @RollwithCarol
Image via Selangor Eat & Travel
Terkejut apabila kami dapat tahu bahawa mereka bukan saja menjual barangan seperti biasa yang ada dimana-mana kedai lain. Tetapi mereka juga ada menjual perabot semurah RM30 dan ke atas. Selain itu, kedai ini juga ada menjual peralatan sukan dan pelbagai lagi barang yang menarik.
Image via Selangor Eat & Travel
Dah namanya kedai menjual barangan terpakai atau pre loved, jadi biasalah kalau barang itu tidak 100% sempurna seperti yang baru
Image via Selangor Eat & Travel
Kedai ini sudah mengingatkan pelanggan mereka bahawa barangan yang dijual adalah seperti yang sudah sedia ada. Para pelanggan perlu memeriksa dulu barangan yang dibeli mereka sebelum membuat sebarang pembelian.
Tunggu apa lagi, jom lah pergi shopping!
Image via null

