DUN Sabah Umum Bubar Hari Ini, Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 Bakal Berlangsung

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi adalah Ahli DUN yang dilantik.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, menandakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bakal berlangsung tak lama lagi

Menerusi laporan Berita Harian, Hajiji membuat pengumuman pembubaran berkenaan pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, yang juga merupakan pusat pentadbiran negeri, pada 2.54 petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata pengumuman berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

"Memandangkan tempoh lima tahun DUN Sabah Ke-16 akan berakhir, saya telah mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman pada pagi ini untuk menasihatkan mengenai pembubaran DUN.

"Dengan perkenan Tun Musa, DUN Sabah Ke-16 akan dibubarkan berkuat kuasa hari ini, untuk memberi laluan kepada PRN17 dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah memggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimimpin mereka.

"Ini mencerminkan komitmen kami terhadap demokrasi dan proses perlembagaan," katanya.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertandingan bagi semua 73 kerusi DUN.

SAYS.com

Hajiji bersama barisan Kabinet negeri pada sidang media pengumuman pembubaran DUN Sabah hari ini.

Image via NSTP/Adam Arinin

Sudah muncul spekulasi pembubaran bakal dilakukan sebelum pengumuman itu diadakan

DUN Sabah kini sudah berada di penghujung dengan tempoh akhirnya hanya tinggal kira-kira 35 hari sebelum tamat pada 11 November depan.

Spekulasi pembubaran DUN telah bermula sejak lewat petang Khamis lalu apabila Hajiji dilapor mengadakan pertemuan dengan Musa di Istana Seri Kinabalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah atau pihak Istana Seri Kinabalu berhubung status pertemuan itu.

Susulan pertanyaan media berhubung perkara itu, Pejabat Media dan Komunikasi JKM Sabah pada Jumaat lalu kemudian menyatakan bahawa sidang media berkaitan pembubaran DUN akan dimaklumkan apabila tiba masanya.

Makluman itu bagaimanapun tidak meredakan spekulasi selepas ada pihak menyebarkan berita mengenai pembubaran DUN yang dijadual pada Isnin, iaitu hari ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: