Dulu Cop Parking, Sekarang Ada Pula Perangai Cop Meja Kedai Makan Dengan Tinggalkan Kad
Ada juga yang macam ni ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, tindakan cop tempat duduk atas parkir sudah banyak dilihat dalam kalangan masyarakat kita
Meskipun sudah banyak kali ditegur, namun masih ada sesetangah individu yang masih melakukannya demi kepentingan diri sendiri.
Apatah lagi jika ia di tempat yang ramai orang dan memang menunggu giliran untuk mendapatkan meja.
Baru-baru ini, tular sebuah hantaran selepas seorang individu meluahkan rasa kesalnya selepas melihat ada individu yang cop meja makan di sebuah kedai makan.
Image via Threads
Dakwa individu pentingkan diri sendiri, hanya tinggalkan kad untuk cop meja makan
Menerusi hantaran di akaun Threads @benjee7an, individu tersebut telah menimbulkan perdebatan ramai mengenai isu 'cop' meja duduk di tempat awam.
Menurutnya, budaya itu dianggap sebagai perjara mementingkan diri sendiri dan tidak bermoral.
Malah, tindakan itu akan menyebabkan mereka yang sudah mengambil makanan mengalami kesukaran mencari tempat duduk kerana telah ditanda dengan barangan lain.
Namun, baginya situasi itu boleh diterima jika ada wakil yang duduk terlebih dahulu di meja tersebut berbanding hanya meninggalkan barangan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 