Duduk Rumah High-Rise & Bayar Yuran Maintenance? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Penting! Sila baca sampai habis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda tinggal di kondominium, pangsapuri, kediaman yang terjaga atau berpagar di Malaysia, anda mungkin diwajibkan untuk membayar yuran penyelenggaraan

Tetapi apakah yang sebenarnya dilindungi dan bagaimana ia dikira?
Yuran penyelenggaraan bukan sekadar caj rawak yang direka untuk memaksimumkan keuntungan, ia adalah penting dan digunakan untuk kos sebenar.
Di Malaysia, pemilik rumah diwajibkan secara sah di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 untuk membayar yuran penyelenggaraan bulanan, yang dikutip dan diuruskan oleh Badan Pengurusan Bersama.
Jom tengok apa perkara-perkara yang dimanfaatkan daripada pembayaran yuran penyelenggaraan ini:
1. Bil utiliti untuk kawasan umum
Sudah tentu, unit anda sendiri mempunyai bil utilitinya sendiri, tetapi kawasan umum biasanya akan diuruskan oleh pihak pengurusan hartanah.
Sama ada elektrik, air atau pengudaraan di kawasan umum seperti tempat letak kereta dan koridor, bil utiliti ini boleh menjadi besar.

2. Pembersihan bangunan
Yuran penyelenggaraan selalunya digunakan untuk kegunaan pembersihan yang mengendalikan:
- Pembersihan lobi dan koridor
- Tempat pengumpulan sampah
- Penyelenggaraan tandas di kemudahan umum
- Pembersihan tepi kolam renang dan gimnasium
- Pengemasan landskap
- Kawalan haiwan perosak untuk kawasan umum
Tanpa pembersihan berkala, pembangunan bertaraf premium pun boleh menjadi kotor dengan cepat, mengakibatkan persekitaran yang tidak menyenangkan untuk didiami.

3. Keselamatan
Jika anda tinggal di komuniti berpagar atau pembangunan berstrata, keselamatan juga merupakan sebab utama mengapa anda membayar yuran penyelenggaraan.
Kos untuk keselamatan juga meningkat jika kawasan perumahan anda beroperasi 24 jam dan mempunyai beberapa pintu masuk ke kawasan tersebut.

4. Penyelenggaraan untuk kemudahan dan peralatan
Ini merupakan kos penyelenggaraan setiap kemudahan dan peralatan umum yang ada di dalam bangunan yang anda diami.
Anda membayar untuk penyelenggaraan kemudahan seperti kolam renang, gim, bilik dobi dan lif.

5. Perlindungan insurans
Ini termasuk:
- Insurans kebakaran untuk kawasan umum
- Perlindungan liabiliti awam
- Pemeriksaan sistem kebakaran rutin
- Pensijilan keselamatan
- Kos perundangan dan audit
- Kos pematuhan pentadbiran
Perkara ni merupakan sesuatu yang sering diabaikan tetapi sangat penting untuk keselamatan anda bersama penduduk lain.

6. Dana simpanan untuk pembaikan dan pengubahsuaian
Selain penyelenggaraan harian, kebanyakan pembangunan rumah mengumpul sumbangan dana terikat untuk pembaikan jangka panjang yang lebih besar.
Ia boleh melinatkan perkara seperti mengecat semula bangunan, menggantikan lif lama, membaiki bumbung atau kerja-kerja kalis air.
Anggap sahaja ia sebagai akaun simpanan hartanah untuk kerja pembaikan yang memerlukan kos tinggi.

Walaupun anda tidak tertinggal untuk membayar yuran, ia tidak menjamin pengurusan yang baik
Sesetengah hartanah menghadapi masalah kerana yuran yang dikutip terlalu rendah untuk menampung kos operasi sebenar, sementara yang lain menghadapi masalah aliran tunai apabila ramai pemilik tidak membayar tepat pada masanya.
Itulah sebabnya bangunan lama yang diurus dengan baik selalunya terasa jauh lebih baik daripada projek yang lebih baharu dengan pengurusan yang tidak kemas.
Tetapi, bagaimana sebenarnya yuran penyelenggaraan ini dikira?
Faktor terbesar yang menentukan yuran penyelenggaraan hartanah anda ialah jumlah kos pengendalian dan penyelenggaraan bangunan.
Sebelum Akta Pengurusan Strata 2013, caj penyelenggaraan bulanan dan sumbangan dana terikat biasanya dikira berdasarkan saiz binaan unit atau harga setiap kaki persegi.
Tetapi di bawah undang-undang semasa, caj ini kini berdasarkan share units. Share unit ialah nilai yang diberikan kepada setiap unit hartanah strata. Nilainya boleh berbeza berdasarkan jenis hartanah, saiz unit, lokasi dalam pembangunan dan kemudahan yang dipasang pada unit tersebut.
Lebih tinggi share unit yang diberikan kepada unit anda, kebiasaannya lebih banyak jumlah yang perlu anda bayar setiap bulan.
Penting juga untuk perhatikan bahawa yuran cenderung meningkat apabila bangunan semakin tua, ini hanya disebabkan oleh kos yang lebih tinggi untuk memastikan hartanah diselenggara.
Berikut ialah formulanya: Yuran penyelenggaraan = Perbelanjaan operasi ÷ Jumlah share unit dalam pembangunan
Jika anda gagal membayar caj yang dikenakan oleh pihak pengurusan, terdapat akibat yang serius boleh dikenakan
Sebaik sahaja pembayaran tertunggak selama 14 hari selepas menerima notis tuntutan, Badan Pengurusan berhak mengambil beberapa tindakan:
- Mengenakan faedah ke atas jumlah yang belum dibayar
- Memaparkan nama, butiran unit dan baki tertunggak anda pada senarai peminjam hartanah
- Menyahaktifkan kad akses, tag atau transponder
- Mengehadkan anda daripada menggunakan kemudahan kongsi dan perkhidmatan umum
- Mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah atau Tribunal Pengurusan Strata untuk mendapatkan semula jumlah tertunggak

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 