Duda Miang Anak Tiga Kantoi Rakam Video ‘Bawah Kain’ Remaja Perempuan Kini Ditahan Polis

Dia ingat tak boleh kantoi ke?

Enlarge text
Cover ImageCover image via @mynewshub (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang duda tiga anak ditahan polis hari ini selepas disyaki cuba merakam video 'bawah kain' seorang remaja perempuan di sebuah pasar raya

Menerusi rakaman CCTV yang tular di media sosial, kejadian itu dipercayai berlaku di Bandar Kajang.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 7.30 malam, Khamis lalu.

"Seorang wanita tempatan berusia 42 tahun yang bekerja sebagai penjawat awam mendakwa didatangi seorang lelaki yang cuba merakam video mengaibkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

"Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Bandar Kajang, di sini, ketika mereka sedang membuat pembayaran di kaunter," katanya.

Image via @mynewshub (X)

Difahamkan, perbuatan itu disedari seorang pelanggan lelaki yang menegurnya namun suspek menafikan cuba melakukan perbuatan itu sebelum berlalu pergi

Image via @mynewshub (X)

Susulan itu, pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sekitar Bandar Kajang jam 12.15 tengah malam tadi.

"Polis merampas telefon bimbit milik suspek berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

"Semakan rekod mendapati suspek terbabit tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau," katanya.

Beliau berkata, suspek direman sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: