Dua Wanita Redah Hujan Demi Tolong Pak Cik Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Dipuji Ramai

Terima kasih orang baik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Yu KH (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang sikap prihatin orang ramai kita boleh lihat dikongsikan di media sosial

Walaupun ada perkara yang nampak macam bantuan kecil, cara dan keikhlasan kita melakukannya boleh beri impak besar pada orang lain.

Seperti video yang tular di Facebook ini apabila tindakan dua wanita yang sanggup meredah hujan demi untuk menolong seorang pak cik menolak keretanya yang rosak mendapat pujian daripada netizen.

Video pendek tapi penuh mesej kemanusiaan

Menerusi video di akaun Facebook Yu KH, kelihatan dua wanita yang menaiki kereta jenis Proton Saga dilihat keluar dari kenderaan mereka sebaik sahaja ternampak sebuah Perodua Kancil berhenti di tengah jalan.

Walaupun hujan sedang turun, mereka terus ke arah kereta tersebut dan membantu lelaki warga emas itu menolak kenderaannya ke tepi jalan.

"Memang teruja ambo dengan keprihatinan dua orang gadis dalam Saga yang sanggup keluar semasa hujan untuk menolong pakcik menolak kereta Kancil yang rosak ke tepi jalan sebelum berlari kembali ke kereta mereka semula," tulis di kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan pujian yang diberikan, memuji sikap spontan, berani dan prihatin dua wanita berkenaan yang dipercayai berasal dari Kelantan.

Lihat video itu di bawah:

Nampak macam bantuan kecil, tapi sikap prihatin dan keikhlasan mereka ini yang memberi inspirasi kepada ramai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: