[VIDEO] Dua Wanita Melayu Bertudung Curi ‘Handphone’ Gadis Ini Tak Sampai 5 Saat
Bukan pertama kali berlaku ni.
Cover image via SAYS via Elaine LaiDua hari lalu, seorang wanita memuat naik satu status di FB menceritakan detik di mana telefon bimbitnya telah hilang di Sunway Pyramid
Pada jam 5.55 petang, [Elaine Lai](https://www.facebook.com/elaine.lai.9/posts/1364845923538007) menyedari bahawa telefon bimbitnya telah hilang ketika sedang membeli belah di sebuah butik pakaian.
Ketika itu, Elaine sedang berseorangan di dalam kedai tersebut manakala dua orang rakannya menunggu di luar kerana makanan tidak dibenarkan dibawa masuk.
Image via Elaine Lai/Facebook
Elaine berada di dalam butik berkenaan tidak sampai 5 minit apabila insiden ini berlaku
"Saya membawa *backpack* kecil jadi saya letakkan telefon saya di dalam beg saya itu ketika mencuba beberapa helai pakaian.
"Kemudian, selepas tidak sampai 5 minit berada di dalam kedai tersebut, saya ingin mengambil semula telefon saya dari dalam beg. Tiba-tiba saya sedar telefon saya dah hilang dan telah dicuri," ujar Elaine.
Menurut Elaine lagi, bukan dia seorang sahaja yang menjadi mangsa. Terdapat seorang lagi wanita yang turut menerima nasib yang sama.
Menyedari telefon telah dicuri, mereka berdua memohon untuk melihat rakaman CCTV butik terbabit bagi mendapatkan justifikasi
Lebih memeranjatkan, rakaman CCTV itu menunjukkan telefon bimbit mereka telah dicuri oleh dua orang wanita berhijab dalam masa beberapa saat sahaja.
"Kami periksa rakaman CCTV butik itu dan menyedari telefon kami telah dicuri oleh dua orang wanita Melayu bertudung," ujar Elaine lagi.
Image via Elaine Lai/Facebook
Licik sungguh dua orang makcik ini "buat kerja". Lihat dua video di bawah:
*Posting* Elaine Lai telah mendapat lebih daripada 6,000 *shares* ketika artikel ini ditulis.
Elaine menyarankan agar semua orang lebih berhati-hati ketika membeli belah. Pencuri sebegini tidak akan berhenti memburu mangsa seterusnya.

