Dua Remaja Maut Kerana Tidur Dalam Kereta Berhawa Dingin Tanpa Buka Tingkap

Kalau ajal sudah menjemput.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Disangka tidur, dua remaja yang ditemui dalam sebuah kereta ini sebenarnya sudah kehilangan nyawa akibat lemas

Semalam, dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi di Kinabatangan, Sabah.

Kedua-dua mangsa ditemui penduduk dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk hadapan jam 11.40 pagi.

Image via

Ketika anggota polis tiba, enjin kereta masih hidup

Bagaimanapun, cubaan mengejutkan kedua-dua mangsa gagal apabila mereka langsung tidak memberikan sebarang tindak balas.

Sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan setelah usaha mereka membuka pintu gagal, khidmat Bomba dan Penyelamat Kinabatangan ditagih.

Setelah pintu berjaya dibuka, kedua-dua mereka didapati tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kinabatangan

Siasatan awal mengesahkan identity kedua-dua remaja tersebut sebagai Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, kedua-duanya berusia 19 tahun.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat, dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Image via

Sementara itu, seorang pakar kenderaan memberitahu, kedua-dua mangsa berkemungkinan maut disebabkan kurangnya oksigen

Nasihatnya kepada pengguna kenderaan, jika mahu tidur, cermin kenderaan perlulah mempunyai ruang udara dan jangan ditutup rapat.

"Jika kenderaan tidak bergerak, oksigen akan berputar di dalam kenderaan dan akan berkurang selepas disedut oleh kita sewaktu tidur. Apabila oksigen kurang, dan kita tidak sedar, ia akan menyebabkan ia semakin menipis dan membawa maut," tambahnya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: