Drama ‘Hilang Dalam Rindu’ Trending No. 1 Di Malaysia! – “Olahan Sama Macam Novel, Ini Baru Betul Adaptasi”
Drama yang menghiasi Slot Samarinda TV3 ini merupakan adaptasi daripada novel yang merupakan karya Mia Azwari.
Cover image via TontonMYFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Drama Hilang Dalam Rindu yang kini bersiaran di TV3 kian mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton yang rata-rata teruja menantikan episod baharu
Untuk rekod, drama Hilang Dalam Rindu telah mula ditayangkan pada 17 Julai lalu yang membariskan pelakon-pelakon meningkat naik seperti Jazmy Juma, Tracie Sinidol, Qistina Rania dan Zarif Ghazzi.
Drama yang menghiasi Slot Samarinda TV3 ini juga merupakan adaptasi daripada novel yang merupakan karya Mia Azwari.
@dramasangat Min kalau tak sabar nak tengok kat tv3.. min baca novel ni dulu😛😛 ▶️ #HilangDalamRindu -> Setiap Isnin – Khamis -> 10.00 malam di TV3 ! Korang boleh strim episod baharu #HilangDalamRindu 24 jam lebih awal di Tonton! Dibintangi: @jazmyjuma sebagai Nadim Eijaz @traciesinidol_official sebagai Aira Nadira @_qistinarania sebagai Hannah @zarif_ghaz sebagai Sarip @jalaludinhassan sebagai Datuk Mukhriz @sera_melissa_ sebagai Nurul Dan ramai lagi ! Arahan: @alongkamaludin Terbitan: @suhanmovies Penulis Skrip: @rehalnuharis Penulis Novel: @is_akimi Penerbit Buku: @lovenovel_publishing #DramaSangat #HilangDalamRindu #Samarinda #TV3Malaysia ♬ original sound – dramasangat
Bukan itu sahaja, warganet juga memuji pihak produksi drama yang diarahkan oleh Along Kamaludin ini kerana pengolahan jalan cerita yang sangat baik daripada karya asal
Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata warganet memberikan respon yang baik terhadap lakonan barisan pelakon yang memberikan sepenuh jiwa dan emosi mereka terhadap watak masing-masing.

Selain itu, pemilihan watak yang tepat juga menjadikan drama ini semakin mendapat perhatian dan trending di media sosial.
Hilang Tanpa Rindu berkisarkan tentang konflik rumah tangga antara Aira Nadira (Tracie Sinidol) dan Nadim Eijaz (Jazmy Juma). Aira yang hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya terpaksa berdepan dengan Nadim iaitu lelaki yang tidak menunjukkan kasih sayang terhadapnya.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama penuh emosi ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton, www.tonton.com.my.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



