Dr Maza Kongsi Pengalaman Berurusan Dengan Ramai Orang Miskin – “Kebanyakannya Pemalas”

Kalau ada usaha tak apa juga.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persepsi 'orang miskin malas' bukan benda baharu, tapi kenapa ia kekal sampai hari ini?

Apabila bercakap mengenai soal kemiskinan, semestinya ia akan memberi rasa empati dalam kalangan masyarakat di samping banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan sejak dahulu lagi.

Tidak dinafikan banyak faktor yang menyebabkan kemiskinan terus berlaku tetapi hakikatnya sikap 'malas' adalah antara salah satunya sebab utama.

Perkara itu turut dibahas oleg Prof. Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza, yang berkongsi pengalamannya sendiri berurusan dengan golongan miskin.

Dakwa kebanyakan orang miskin pemalas

Menerusi video di akaun TikTok @seruantaqwa, dapat dilihat Prof. Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin telah berkongsi pengalamannya selepas berurusan dengan orang miskin.

Beliau dengan jujur menjelaskan, kebanyakan orang miskin ini bersifat pemalas kerana sikap mereka.

"Kebanyakan orang miskin berkaitan dengan malas," katanya.

Menurutnya, sikap pemalas seseorang itu dapat dilihat daripada penjagaan rumah mereka sendiri. Ada yang sanggup membiarkan rumah mereka berada dalam kotor.

Malah, beliau juga memberitahu ada sesetengah individu yang hanya mewakilkan isterinya untuk pergi menerima bantuan. 

Bukan itu sahaja, beliau juga mendakwa ada sesetengah individu miskin yang tidak berusaha mencari pekerjaan. Mereka dilihat lebih hanya mengharapkan bantuan yang diterima.

"Saya memang geram, mereka pemalas. Tak bangun dan bergerak cari kerja. Bangun-bangun pergi ke kedai kopi dulu sembang. Lepas itu last sekali datang minta bantuan," ujarnya. 

Gambar hanya sekadar hiasan.

Image via Buletin TV3

Lihat video di bawah:

Bukan semua orang miskin malas. Tapi, sekurang-kurangnya ada usaha dan rajin itu lebih baik daripada tiada buat apa-apa 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: