Dr Malar Terangkan Kenapa Keputusan Bedah Siasat Boleh Ambil Masa Sampai 3 Bulan

Katanya, sesetengah ujian tidak boleh dibuat di Malaysia dan perlu dihantar ke luar negara.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.


Seperti sedia maklum, bedah siasat ke atas mayat Allahyarhamah Zara Qairina telah dijalankan pada 10 Ogos lalu di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah

Peguam Shahlan Jufri memaklumkan bahawa proses bedah siasat telah berjalan dengan telus, berintegriti dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia mula mempertikaikan apabila keputusan ujian post-morterm tersebut dimaklumkan akan mengambil masa selama dua minggu hingga ke tiga bulan.

SAYS.com
Image via Mohd Adam Arinin/New Straits Times

Terpanggil dengan pertikaian itu, Dr Malar baru-baru ini telah membuat satu hantaran di media sosial dan menerangkan perkara tersebut

Menurut Dr Malar, bedah siasat bukan sekadar tengok kecederaan semata-mata tetapi melibatkan banyak ujian yang perlu dijalankan.

1. Ujian histopatologi

Organ akan dipotong, dibawa ke makmal dan diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat sekiranya ada sebarang pendarahan, kecederaan atau penyakit.

2. Ujian darah

Ujian darah juga dibuat bagi melihat sekiranya mayat sebelum ini mempunyai masalah atau penyakit.

3. Ujian toksikologi

Ujian ini dibuat untuk melihat sekiranya ada bahan-bahan yang berbahaya seperti racun atau bahan kimia di dalam badannya. Menurutnya ujian sebegitu mungkin mengambil masa yang lama atas faktor teknologi yang tidak ada di dalam negara. Jadi ia akan dihantar ke negara lain untuk menjalankannya.

4. Ujian culture dan sensitiviti

Ujian ini dijalankan bagi mengesan bakteria, kulat dan TB. Katanya, doktor akan mengambil sampel darah atau cecair badan mangsa dan akan diletakkan dalam piring patri dan biarkan ia 'masak'. Keputusan kuman akan dilihat berkali-kali dalam tempoh tiga hari, seminggu, dan tiga minggu.

5. Setiap ujian akan dihantar ke makmal yang berbeza

Kesemua keputusan ujian akan dikumpulkan oleh ahli forensik atau doktor kemudiannya dibandingkan, disahkan dan laporan perlu dibuat.

Lihat penerangan video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: