Jerawat Di Pipi Tanda Pori Tersumbat? Dr Amalina Bidas Dakwaan Jerawat Tanda Penyakit
Menerusi laman Twitter, Dr Amalina menjelaskan perkaitan jerawat dengan penyakit yang dihidapi.
Cover image via Instagram @dramalinabakriSemua orang, baik perempuan mahupun lelaki inginkan kulit wajah yang bersih, licin, lagi cantik
Sama ada secara sengaja mahupun tidak, pasti ramai juga yang pernah terbaca atau terdengar dakwaan menyatakan munculnya jerawat pada sesuatu bahagian kulit itu adalah sebagai tanda sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang itu.
Misalnya, ada dakwaan kata jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi bermakna seseorang itu sedang menghadapi masalah sistem penghadaman manakala jerawat yang terdapat pada bahagian pipi pula menandakan pori tersumbat.
Namun begitu, buat golongan anak muda, masalah kulit seperti jerawat serta breakout adalah antara masalah yang selalu dihidapi mereka.
Image via Atma Go
Perkara ini bagaimanapun dibidas Dr Nur Amalina Che Bakri yang menolak dakwaan perkaitan jerawat dengan penyakit yang dihidapi
Semua ini bermula gara-gara tular di laman Twitter seorang pemuda menyebarkan informasi berkaitan jerawat sebagai tanda sesuatu penyakit yang mana ditolak oleh Dr Amalina.
Menerusi laman sosial itu juga, Dr Amalina yang kini bekerja dan menetap di United Kingdom menyatakan bahawa tiada bukti saintifik untuk menyokong 'face mapping' dan jerawat.
Image via Twitter @DrAmalinaBakri
Image via Twitter @DrAmalinaBakri
Image via Twitter @DrAmalinaBakri
Image via Instagram @dramalinabakri
Image via Twitter @DrAmalinaBakri
Image via Twitter @DrAmalinaBakri
Sehubungan dengan itu, Dr. Amalina turut berkongsikan penerangan mengenai perkara tersebut daripada seorang Konsultan Dermatologist di London, Dr Shaaira Nasir yang mana beliau turut tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai 'sampah'.
Image via Twitter @DrAmalinaBakri

