DPDDM Komited Jadi ‘Jambatan Emas’, Perkasakan Peluang Ekonomi & Kepimpinan Belia Borneo
Antara agenda utama yang dibincangkan adalah usaha memperkasakan literasi mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Cover image via Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) menegaskan komitmennya untuk bertindak sebagai "jambatan emas" dalam menghubungkan peluang ekonomi strategik dengan aspirasi golongan belia di Sabah dan Sarawak
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada peranan proaktif DPDDM sebagai pemudah cara utama dalam ekosistem perniagaan negara, bagi memastikan pembangunan ekonomi di wilayah Borneo selari dengan visi nasional dan keperluan komuniti setempat.
Komitmen tersebut dizahirkan melalui satu lawatan kerja rasmi delegasi DPDDM bersama Koperasi Niaga Dinamik Berhad (KNDB) ke Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak) baru-baru ini.
Delegasi yang diketuai oleh Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal, telah disambut oleh Setiausaha Politik kepada Menteri, Tuan Ahmad Nazib Johari. Pertemuan tersebut menjadi platform perbincangan awal mengenai cadangan Pemerkasaan Program Pembangunan Mahasiswa, yang memfokuskan kepada lepasan serta mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari Sabah dan Sarawak.

Literasi MA63 sebagai teras pembangunan
Antara agenda utama yang dibincangkan adalah usaha memperkasakan literasi mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menurut Datuk Nor Hasnal, mahasiswa perlu dibekalkan dengan kefahaman yang lebih jelas dan berfakta mengenai hak serta hala tuju pembangunan wilayah mereka dalam kerangka integrasi nasional.
"Kami mahu merapatkan jurang maklumat berkaitan keusahawanan dan memberikan pendedahan yang lebih luas mengenai model perniagaan koperasi. Ini penting bagi membuka laluan kerjaya pasca graduasi yang lebih mampan untuk anak-anak Borneo," jelas beliau.
Sebagai langkah susulan, DPDDM dan KNDB merancang untuk menganjurkan 'Borneo Dynamic Entrepreneur & Leadership Summit 2026′. Sidang kemuncak ini bakal menjadi platform berimpak tinggi yang menggabungkan:
- Dialog Dasar: Ruang interaksi antara mahasiswa, pihak industri, dan kerajaan.
- Kepimpinan Belia: Membentuk generasi pemimpin Borneo yang berwibawa.
- Jaringan Strategik: Menghubungkan bakat muda dengan peluang ekonomi semasa.
Datuk Nor Hasnal, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Eastern International TVET College, percaya bahawa kerjasama ini bukan sahaja memperkukuhkan integrasi nasional, malah membina ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh di wilayah tersebut.
Bagi terus memperluas jaringan dan memperkukuh hubungan sehingga ke peringkat antarabangsa, DPDDM kini mempelawa individu yang berminat untuk menyertai keahlian mereka. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di https://dpddm-gov.com/!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



