DoubleTree By Hilton Shah Alam i-City Tawar Pengalaman Staycation Unik Bersama Kanak-Kanak

Siapa kata nak lari dari hiruk pikuk kota kena pergi jauh-jauh?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam kesibukan bekerja seharian yang kadangkala memenatkan, meluangkan waktu berkualiti bersama keluarga juga perlu menjadi keutamaan

Baru-baru ini, penulis dan sekeluarga memilih DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City sebagai destinasi percutian singkat yang bertujuan untuk bersantai tanpa perlu bersusah payah untuk travel jauh dari ibu kota.

Ternyata, staycation kali ini bukan sahaja berbaloi malah bertambah meriah dengan aktiviti yang menyeronokkan yang dapat dibuat bersama anak-anak.

Seawal ketibaan, suasana mesra dan profesional sudah terasa. Proses daftar masuk berjalan lancar, dan perhatian istimewa diberikan kepada anak-anak dengan pemberian signature chocolate chip cookies mereka yang terkenal!

Sentuhan kecil ini berjaya menceriakan suasana dan membuatkan kami sekeluarga berasa dialu-alukan. Malah, terdapat juga booth 'cotton candy' yang disediakan oleh pihak hotel untuk para pengunjung cilik.

Bilik selesa dan fasiliti lengkap dengan suasana santai

Untuk penginapan, kami memilih bilik keluarga yang luas dengan rekaan yang moden. Susun atur ruang yang bijak memberikan privasi yang selesa untuk ibu bapa, sementara anak-anak mempunyai ruang mereka sendiri untuk beristirahat dan bermain. 

Yang paling penting, katilnya sangat empuk! Tidur pun lena. Masa di hotel benar-benar kami gunakan untuk bersantai dan menikmati kemudahan yang disediakan.

DoubleTree Shah Alam by Hilton bukan sekadar tempat untuk tidur, ia adalah destinasi yang menawarkan pelbagai pilihan rekreasi untuk seisi keluarga.

Fasiliti yang paling menjadi kegemaran kanak-kanak dan sukakan sudah semestinya kolam renang. Ruang yang luas membolehkan kami berenang dan bersantai tanpa rasa sesak. 

Malah, terdapat juga kolam khas untuk kanak-kanak yang lebih kecil, menjamin keselamatan mereka bermain air. Suasana di tepi kolam juga nyaman, sesuai untuk berehat sambil melihat anak-anak berseronok.

Tak cukup dengan itu, terdapat ruangan santai 'Games Room' yang menghiburkan. Apa yang kami suka, ada juga ruangan khas untuk 'board games'! Ini adalah aktiviti alternatif yang sangat baik, terutama bila cuaca kurang mengizinkan untuk aktiviti luar.

Kami sekeluarga dapat meluangkan masa berkualiti bersama, ketawa dan bersaing secara sihat melalui pelbagai permainan yang disediakan. Ia adalah ruang yang sempurna untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga.

Pengalaman dan pelbagai aktiviti unik lain buat si cilik

Hotel ini juga memahami keperluan hiburan untuk kanak-kanak. Paling menarik, mereka menawarkan pakej chocolate massage khas untuk kanak-kanak. Bayangkan betapa gembiranya si kecil dimanjakan dengan urutan yang menggunakan coklat – pengalaman yang pasti meninggalkan memori manis dan bau yang harum!

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang menyertai 'workshop' membuat pizza sendiri. Aktiviti interaktif ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mengajar mereka kemahiran asas memasak dan memupuk kreativiti. Ini adalah inisiatif yang sangat dihargai oleh ibu bapa kerana ia menyediakan hiburan berstruktur untuk anak-anak.

Cipta kenangan indah bersama keluarga tersayang

Kesimpulannya, percutian singkat kami kali ini bukan sahaja memberikan ketenangan di DoubleTree by Hilton Shah Alam, malah ditambah dengan keriangan dan pengalaman dan aktiviti menarik khusus untuk kanak-kanak di hotel itu sendiri. Ia adalah kombinasi yang sempurna antara rehat yang nyaman dan aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Bagi anda yang merancang percutian keluarga di sekitar Shah Alam, menginap di DoubleTree by Hilton dan meluangkan masa di i-City adalah satu kombinasi yang patut dipertimbangkan.

Anda dapat menikmati kemudahan dan layanan terbaik di hotel sambil mencipta kenangan manis bersama keluarga di dunia cahaya i-City. Selamat bercuti!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh sahaja layari https://www.hilton.com/en/brands/doubletree-by-hilton/ !

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: