Dosa Pemilik Akaun 'Darkside' Akan Mengalir Walaupun Dah Meninggal Dunia? Ini Jawapannya
Akaun DS (darkside) merupakan akaun yang mengeluarkan kandungan digital berunsur lucah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular di X sebuah hantaran yang membincangkan tentang seseorang yang memiliki akaun darkside (DS) tetapi sudah meninggal dunia
Menerusi sebuah hantaran @yazid_hamka di X, dia berkongsi dia telah menerima sebuah soalan bertanyakan adakah dosa pemilik akaun DS itu tetap sampai kepada dia walaupun dia dah meninggal dunia?
Memberi respon kepada soalan itu, dia menjawab perkara itu benar selagi video atau gambar maksiat yang dimuat naik itu masih ditonton.
"Ya. Dosa itu akan terus mengalir selagi mana video atau gambar maksiat itu ditonton. Walaupun dah berlalu 1000 tahun. Ia jadi dosa jariah, dosa yang sentiasa mengalir.
"Lebih parah kalau perbuatannya sebelum ini ada orang yang ikut. Ada orang lain tengok macam seronok hidup buat DS, dan orang ini pun ikut buat juga. Jadi, saham dosa ini akan kembali kepada DS yang asal tadi.
"Dosa itu akan bertimbun-timbun, dan dia akan bawa dosa ini berhadapan dengan Allah di akhirat nanti. Datang bersendirian. Berada dalam mahkamah Allah. Berhadapan dengan Allah," jawabnya.
Beri cadangan usaha yang boleh dilakukan untuk si mati
Selepas memberi jawapan, lelaki itu turut memberi beberapa saranan yang boleh dilakukan orang ramai untuk si mati.
Berikut adalah apa yang disarannya:
- Dia dah meninggal dunia. Kita jangan cakap buruk tentang dia.
- Doakan kebaikan dan keampunan buat dia.
- Buat baik atas nama dia. Contohnya sedekah, pahalanya akan sampai kepada dia.
- Kita harapkan agar pahala yang sampai kepada dia dapat mengatasi dosa dalam buku catatan amalannya.
- Jika boleh, usaha padamkan akaun, gambar dan video yang buruk tentang dia.
- Bila kita dah tahu susahnya pengakhiran hidup begini, jangan kita terfikir untuk buat perkara yang sama.
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via