Doktor Saran Mangsa Lecur Supaya Jangan Sapu Ubat Gigi Pada Bahagian Badan Yang Cedera

Selain ubat gigi, sebarang krim dan losyen juga tidak sepatutnya diletakkan jika mengalami kelecuran.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Individu yang mengalami kecederaan akibat melecur pada bahagian badan disarankan untuk tidak meletakkan ubat gigi pada kesan lecur

Menerusi laporan Bernama, bukan sekadar ubat gigi, segala jenis krim dan losyen juga tidak sepatutnya diletakkan pada bahagian badan yang melecur.

Menurut Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr D Suhash, bahan-bahan tersebut akan merumitkan proses rawatan di samping tidak selamat untuk diletakkan pada bahagian melecur.

"Saya nasihatkan jangan membuat rawatan sendiri tanpa ilmu.

"Bahan seperti krim itu apabila sudah diletak pada bahagian terbabit, apabila hendak dibersihkan luka berkenaan, ia akan merumitkan keadaan dan boleh menyebabkan luka itu dijangkiti kuman," katanya.

Gambar sekadar hiasan

Image via Syok

Menyarankan untuk membasuh kesan lecur dengan mengalirkan air berbanding meletak sebarang jenis krim

Beliau berkata, individu yang mengalami kecederaan lecur pada bahagian badan perlu membasuh kesan lecur tersebut dengan air pada suhu bilik berbanding menggunakan sebarang jenis krim.

Cara yang mudah adalah dengan mengalirkan air paip terhadap bahagian lecur selama 15 ke 30 minit sehingga rasa panas berkurangan.

Bahagian badan yang mengalami lecur boleh dibalut dengan menggunakan kain bersih atau basah jika kelecuran itu adalah pada tahap satu sebelum mangsa bergerak ke pusat rawatan terdekat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: