Doktor China Saran Wanita Lihat Lelaki Sado Untuk Emosi Stabil – “Boleh Kurangkan Stres”

Siapa yang selalu stres tu pergilah tengok abang sado ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CariDotMy & mStar
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang doktor pakar sakit puan di China mencadangkan wanita yang mengalami masalah kurang tenaga atau darah supaya kerap melihat lelaki sado sebagai terapi untuk menstabilkan emosi dan mengurangkan tekanan

Image via Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, cadangan tersebut dikongsikan oleh Dr He Zhenye yang merupakan pakar ginekologi Hospital Xiehe Shenzhen, Universiti Sains dan Teknologi Huazhong iaitu sebuah hospital awam bertaraf tinggi di selatan China.

"Wanita perlu lihat lelaki bertubuh sasa atau sado lebih kerap untuk kurangkan stres," katanya.

Difahamkan, wanita yang mengalami kekurangan 'qi' (tenaga dalaman) dan darah sering berasa murung, letih, pucat, pening dan sukar tidur

Dalam pada itu, beliau tidak menggalakkan wanita terlalu kerap bercinta, sebaliknya menyarankan sesuatu yang lebih 'selamat' iaitu dengan melihat keindahan visual seperti lelaki berotot.

"Kurangkan bercinta, lebihkan tengok lelaki berotot. Kecantikan visual mengaktifkan sistem ganjaran otak. Ini menjadikan kita lebih gembira," katanya lagi.

Ekoran itu, cadangan tersebut turut disokong pengguna media sosial terutamanya dalam kalangan wanita yang bersetuju bahawa terapi mata boleh memberikan kesan psikologi yang positif.

Walaupun nasihatnya mungkin kedengaran agak pelik, namun ramai yang menghargai pendekatan beliau dalam menangani isu kesihatan wanita dengan cara yang lebih ringan dan mudah difahami.

Gambar sekadar hiasan

Image via Remaja

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: