Doktor Berjaya Selamatkan Remaja Daripada Lumpuh Selepas Tunduk Main Phone Lama Sangat
Mak-mak dah boleh guna akibat baru ni kalau anak main phone lama sangat.
Cover image via Irish Examiner & GrokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang remaja lelaki cemas apabila bangun tanpa merasai sebarang respon pada badannya, dipercayai akibat tabiat harian menunduk terlalu lama
Menerusi laporan Sinar Harian, pelajar tahun ketiga di sebuah universiti di Quanzhou, wilayah Fujian, China itu, Xiao Dong, 19, dilaporkan sering menghabiskan masa bermain permainan video dan melayari media sosial di telefon bimbit, selain bekerja sambilan ketika cuti musim panas sebagai pencuci pinggan dan mengelap meja selama berjam-jam.
Gabungan gaya hidup tersebut serta tekanan beban fizikal menyebabkan kesan melampau pada saluran darah berhampiran tulang belakang, hingga menjejaskan peredaran darah ke saraf tunjangnya.
Xiao pada awalnya mengalami kebas pada leher, lengan dan kaki namun keadaan bertambah buruk apabila dia bangun tidur pada 30 Julai lalu dan mendapati dirinya tidak dapat merasai apa-apa pada bahagian kaki serta hilang keupayaan untuk bergerak.
Dia segera dikejarkan ke unit kecemasan sebelum mendapati terdapat gumpalan darah besar (hematoma) di tulang belakang serviks pada segmen C4-T1 yang menekan saraf tunjangnya, menyebabkan badan dari paras dada ke bawah hampir lumpuh sepenuhnya.
Tabiat menunduk kepala dalam tempoh yang lama jadi faktor utama
Doktor menjelaskan bahawa tabiat menunduk kepala dalam tempoh yang lama telah menyebabkan saluran darah dalam kanal tulang belakang terkoyak seterusnya membentuk hematoma dan membawa kepada lumpuh akut.
Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan perubatan yang melakukan pembedahan kecemasan berjaya menyelamatkan Xiao daripada risiko lumpuh kekal.
Pakar perubatan turut memberi amaran bahawa posisi menunduk dalam jangka masa panjang boleh mengganggu peredaran darah, menyebabkan saluran darah membengkak dan melebar secara tidak normal.
"Apabila peredaran darah terganggu, ia boleh menyebabkan gejala seperti sakit kepala, pening, keletihan, serta kebas pada bahagian leher, bahu dan lengan.
"Jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada komplikasi lebih serius seperti strok atau hemiplegia (lumpuh sebelah badan)," jelas mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



