Menuju Ke 10 Malam Terakhir Ramadan, Catat Tarikh Ini & Doa Malam Lailatul Qadar

Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, Allah SWT telah menjadikan satu malam yang istimewa berbanding malam-malam yang lain

Di mana Allah gandakan setiap amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Malah, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan berdoa pada setiap malam Ramadhan terutama pada sepuluh malam terakhir.

Jom, kami kongsikan kepada anda 10 malam terakhir Ramadan untuk anda mengejar malam Lailatul Qadar.

  • 20 Mac – 19 Ramadan (Khamis) – malam ke 20
  • 21 Mac – 20 Ramadan (Jumaat) – malam ke 21
  • 22 Mac – 21 Ramadan (Sabtu) – malam ke 22
  • 23 Mac – 22 Ramadan (Ahad) – malam ke 23
  • 24 Mac – 23 Ramadan (Isnin) – malam ke 24
  • 25 Mac – 24 Ramadan (Selasa) – malam ke 25
  • 26 Mac – 25 Ramadan (Rabu) – malam ke 26
  • 27 Mac – 26 Ramadan (Khamis) – malam ke 27
  • 28 Mac – 27 Ramadan (Jumaat) – malam ke 28
  • 29 Mac – 28 Ramadan (Sabtu) – malam ke 29

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Doa malam Lailatul Qadar

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, memang terdapat hadith yang menceritakan berkaitan doa yang diajar oleh Nabi SAW kepada isterinya iaitu Aisyah RA apabila bertemu malam yang mulia ini.

Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: "Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku". [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu'aib al-Arna'outh menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah]

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ikram

Imam al-Nawawi berkata bahawa ashab kami (ulama' Syafieyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Qur'an, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia. [Lihat: al-Azkar, 191]

Tambahan pula, jika diamati sebahagian orang membaca dengan sedikit penambahan pada lafaz doa tersebut iaitu dengan menambah lafaz "كَرِيمٌ":

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun lagi Maha Pemurah dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku".

Gambar sekadar hiasan.

Image via Urbanasia

Namun begitu, mufti berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi, jika dia berdoa dengan apa yang disebutkan di dalam al-Quran atau hadith Nabi SAW maka itu adalah lebih baik.

Kita juga dituntut untuk memperbanyakkan beribadah dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan sekalipun.

Apatah lagi di sepuluh terakhir bulan Ramadhan kerana padanya terdapat satu malam yang istimewa.

Semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang baik agar segala amal ibadah kita diterima. Amin Ya Rabbal Alamin!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: