DMS Motors Perkenal ‘DMS Care Program’ Untuk Masa Depan Anak-Anak Yatim & Tahfiz Terjamin
Program itu bertujuan untuk menyokong pendidikan anak-anak tahfiz dan anak yatim yang berpotensi tinggi.
Cover image via DMS MotorsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
DMS Motors Sdn Bhd, pelopor dalam perkhidmatan menjual kereta mewah dan eksklusif baru-baru ini menganjurkan majlis 'Raikan Ramadan 2025'
Acara itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara syarikat dengan komuniti serta memberi sumbangan bermakna kepada golongan yang memerlukan, terutamanya anak-anak tahfiz dan anak yatim.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Dato' Mohamad Salim Abd Rahman berkata majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk meraih keberkatan bulan Ramadhan, tetapi juga untuk mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan.
"Kami percaya bahawa rezeki yang Allah kurniakan perlu dikongsi dan dikembalikan kepada masyarakat sebagai tanda kesyukuran dan tanggungjawab sosial," ujar beliau.
Image via DMS Motors
Image via DMS Motors
Tambah beliau lagi, DMS Motors mengutamakan nilai-nilai Islamik dalam setiap aktiviti perniagaan mereka. Bagi syarikat ini, kejayaan tidak hanya diukur dari segi keuntungan material, tetapi juga dari segi manfaat yang diberikan kepada masyarakat.
Melalui majlis ini, DMS Motors ingin membina hubungan yang lebih erat dengan komuniti setempat sambil menanamkan nilai kasih sayang dan empati dalam kalangan pelanggan serta kakitangan.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif sosial, DMS Motors turut menjemput lebih 200 anak-anak tahfiz dan 80 anak yatim dari beberapa pusat tahfiz dan rumah anak yatim terpilih.
Anak-anak ini diberi penghormatan untuk memimpin bacaan doa dan tazkirah, selain menikmati jamuan berbuka puasa bersama para tetamu dan pelanggan syarikat.
Selain itu, syarikat juga menyampaikan sumbangan duit raya, baju raya, serta barangan keperluan yang bernilai hampir RM50,000.
Inisiatif jangka panjang: DMS Care Program
DMS Motors juga turut memperkenalkan program sosial jangka panjang, "DMS Care Program". Program ini bertujuan untuk menyokong pendidikan anak-anak tahfiz dan anak yatim yang berpotensi tinggi.
Sebahagian daripada keuntungan syarikat akan disalurkan untuk membiayai pendidikan mereka, sekaligus membantu mencipta peluang untuk masa depan yang lebih baik.
"Salah satu langkah yang kami ambil adalah menawarkan latihan industri dalam bidang automotif kepada anak-anak tahfiz dan yatim, bagi membentuk generasi belia yang berilmu dan berdaya saing," katanya.
Image via DMS Motors
Image via DMS Motors
Selain inisiatif sosial, DMS Motors juga memfokuskan usaha untuk memperluaskan rangkaian import kereta mewah.
DMS Motors komited untuk membawa masuk lebih banyak model kereta berprestij seperti muscle cars dari Amerika Syarikat dan model eksklusif dari Eropah yang sukar didapati di pasaran tempatan.
Sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan mereka, DMS Motors juga merancang untuk membuka DMS Exclusive Lounge di Pusat Bandar Kuala Lumpur, menyediakan pengalaman membeli kereta mewah yang lebih premium dan eksklusif.
Pelan pemasaran dan peningkatan perkhidmatan serta harapan untuk masa depan
Dalam perancangan perniagaan 2025, DMS Motors berazam untuk menjadi peneraju utama dalam segmen lease-to-own (sewa beli) kereta mewah dan model-model 'rare' di Malaysia dengan memperkukuhkan jaringan perkhidmatan selepas jualan yang lebih eksklusif, bertujuan untuk memastikan kepuasan pelanggan berada pada tahap yang tertinggi.
Dengan visi untuk bersaing secara sihat dalam industri automotif, DMS Motors menekankan kepentingan nilai integriti dan profesionalisme dalam perniagaan.
DMS Motors juga sedang membina hubungan eksklusif dengan pengeluar antarabangsa untuk mendapatkan akses kepada model-model terhad yang tidak dapat diperoleh di Asia Tenggara.
Image via DMS Motors
Image via DMS Motors
Jelas beliau lagi, pihaknya berharap bakal menjadi syarikat peneraju dalam pasaran kereta mewah Malaysia, bukan sahaja dikenali kerana koleksi kereta eksklusif, tetapi juga dihormati kerana nilai-nilai Islamik yang mereka amalkan dalam setiap aspek perniagaan.
Dalam jangka panjang, DMS Motors berharap untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mencipta peluang latihan kepada generasi muda dalam industri automotif.
Dengan komitmen untuk membawa kejayaan yang berkat, DMS Motors yakin bahawa kejayaan duniawi yang mereka capai akan membawa keberkatan yang berkekalan di akhirat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


