Dividen KWSP Untuk Tahun 2025 Bakal Diumum Kepada Pencarum Sabtu Ini 28 Februari
Yang dinanti-nantikan hampir tiba!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2025 Sabtu minggu ini
Menerusi laporan Berita Harian, KWSP dijangka mengagihkan dividen untuk tahun 2025 sekitar 5.8 hingga 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.5 hingga 6.0 peratus bagi Simpanan Shariah.
Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman berkata jangkaan itu sejajar dengan prestasi pendapatan pelaburan sembilan bulan pertama yang kukuh.
Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada disiplin realisasi keuntungan dan keperluan rizab jangka panjang dana persaraan tersebut.
Menurutnya, kadar jangkaan itu juga adalah munasabah berdasarkan prestasi sembilan bulan serta pendekatan tadbir urus KWSP yang menitikberatkan kelestarian dana.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Hairul Anuar Rahim/New Straits TimesAda kemungkinan kadar dividen adalah lebih tinggi
Dalam sebuah laporan media, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan KWSP akan mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025.
Beliau berkata, berdasarkan prestasi KWSP bagi tempoh sembilan bulan tahun lalu, yang merekodkan peningkatan 11 peratus dalam pendapatan pelaburan kasar, dana persaraan itu kekal berada pada landasan untuk pembayaran dividen yang memberangsangkan bagi 2025.
KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, meningkat 11 peratus berbanding RM57.57 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2024.
Jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga berakhir 30 September 2025 adalah sebanyak RM25.07 bilion, meningkat 27 peratus berbanding RM19.67 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya.
KWSP terdahulu mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah bagi 2024.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 