Disyaki Berpakat Tetap Harga, 87 Syarikat Kini Dalam Perhatian MyCC Susulan Isu Kartel Umrah

Sindiket kartel ini menyukarkan pengguna untuk mendapatkan tawaran terbaik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kaabah Tours & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini menjalankan siasatan terhadap 87 syarikat pengendali umrah yang disyaki terbabit dalam kartel umrah

Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata berdasarkan laporan, beberapa pengendali umrah dikatakan berpakat menetapkan harga.

Menurutnya, kesan daripada pakatan itu, pengguna tidak mendapat tawaran atau pilihan terbaik apabila berhasrat untuk menunaikan umrah.

"Ini bahayanya kartel, sebab itu di bawah KPDN kita ada MyCC yang tujuannya untuk melawan kartel umrah ini. Setakat ini, sebanyak 87 syarikat pengendali umrah sedang disiasat," katanya.

Mengulas faktor keselamatan jemaah yang ingin menunaikan umrah berikutan peperangan di Asia Barat, Fuziah menasihati bakal jemaah menilainya terutama daripada segi kemampuan.

"Sebaiknya utamakan keselamatan diri dan keluarga terlebih dahulu sebelum berhasrat menunaikan umrah susulan daripada peperangan itu," katanya.

SAYS.com

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh menyampaikan sumbangan kepada penerima sempena Agihan Wakalah Zakat Korporat SSM di Kuantan.

Image via NSTP/Asrol Awang

KPDN laksana Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Mega Aidilfitri di Pahang

Fuziah berkata, ianya merupakan antara usaha untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup, khususnya dalam tempoh persediaan menyambut Aidilfitri yang selalu membabitkan peningkatan perbelanjaan isi rumah.

"Bagi memastikan manfaat program ini dapat dinikmati secara lebih meluas, KPDN Pahang merancang 178 siri PJRM bertemakan Ramadan dan Aidilfitri di pelbagai lokasi strategik di seluruh negeri.

"Sehingga semalam, sebanyak 133 program dilaksanakan, manakala 45 lagi program dijadualkan berlangsung sehingga 30 Mac ini

"Ini untuk memastikan lebih ramai rakyat berpeluang mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih berpatutan menjelang sambutan Aidilfitri," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik