Bungkus ‘Pad’ Dan 14 Lagi Tips Penting Untuk Wanita Yang Selalu Hiking & Masuk Hutan
Ingat, jangan main belasah je tanpa ada ilmu yang cukup.
Cover image via Anastasia Azlan/Facebook*Artikel ini merupakan sebuah tulisan dan sumbangan daripada* ***[Anastasia Azlan](https://www.facebook.com/profile.php?id=100008096687394)***, *pengasas* ***[National Outdoor Adventure (NOA)](https://www.facebook.com/groups/nationaloutdooradventure/)*** *untuk diterbitkan semula oleh* ***[TSG #KasiJadi](https://www.instagram.com/tsgkasijadi/)*** *atas keizinan.*
Image via Instagram @anastasiaazlan
Sebagai seorang pemandu arah atau *mountain guider* yang telah berkecimpung dalam dunia *outdoor* selama tujuh tahun, **Anastasia Azlan** atau lebih mesra dengan panggilan **Ana** sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang *hiking*.
Daripada pengalaman tersebut, Ana sedar bahawa beliau memainkan peranan yang besar dalam perkongsian ilmu hutan dan alam sekitar kepada masyarakat di luar sana, terutamanya kepada kaum wanita.
Setelah menimba ilmu selama bertahun-tahun, Ana, yang menjadikan bidang ini sebagai karier sepenuh masa ingin berkongsi 15 tips penting untuk para *hikers* wanita ketika berada di dalam hutan.
1. Pendaki wanita perlu menjaga diri dari segi pergaulan yang bercampur
Apabila tidur bawah *fly*, pastikan tidur rapat-rapat bersama kaum hawa yang lain dan pastikan ada *separation* dengan kaum lelaki.
Image via Anastasia Azlan/Facebook
2. Baca surah Al-Fatihah dan 4 Qul sebagai pendinding diri sebelum mula trekking
Ini disebabkan makhluk halus dari alam lain lebih tertarik kepada kaum hawa, lebih-lebih lagi di dalam hutan. Ingat, hutan adalah tempat mereka, bukan tempat kita.
Image via SAYS
3. Wanita yang datang bulan, tolong jaga tuala wanita sebaik mungkin
Selain wanita, makhluk dari alam lain turut sukakan benda kotor. Jadi, pastikan cuci tuala wanita di tempat air mengalir deras (sungai) sehingga bersih kemudian bungkus dan asingkan.
Image via SAYS
4. Di tempat yang tak ada air, kaum hawa yang datang bulan boleh gunakan kaedah bungkus dengan surat khabar
Selepas itu, masukkan dan balut bungkusan surat khabar ke dalam plastik kemudian simpan di tempat tersorok. Salah satu tempat yang sesuai ialah di bahagian ***water bladder/H20*** di dalam beg.
Pada waktu malam, pastikan tidur dengan beg dijadikan sebagai bantal. Barang peribadi sebegini perlu dijaga seelok-eloknya bagi mengelak daripada diganggu.
5. Minta maklumkan salah seorang kawan perempuan bila mahu ke sungai tengah malam atau nak buang air
PENTING: Jangan pergi ke mana-mana pada waktu malam berseorangan, baik perempuan mahupun lelaki. Begitu juga pada waktu siang. Sentiasa pastikan anda berteman.
Image via SAYS
6. Sila simpan tisu/wet tissue yang digunakan dan masukkan ke dalam plastik kecil berbungkus
Walaupun hanya tisu, anda tidak sama sekali digalakkan untuk membuang atau menanam tisu kotor di dalam hutan. *Wet tissue* boleh dicuci bersih-bersih di sungai. Jika perlu, bawa sabun mandi lebih sikit.
7. Sebelum masuk hutan, anggota badan perlulah bersih dan suci daripada segala hadas
Pesanan PENTING untuk lelaki dan perempuan: Mana-mana pendaki sekali pun mesti kena mandi wajib dulu sebelum masuk hutan. Makhlus halus lebih cenderung untuk mengganggu manusia yang tidak suci tubuh badan.
Image via SAYS
8. Macam mana kalau diserang period pain ketika di dalam hutan?
Saat kesakitan pinggang yang teramat sangat, minta buatkan air panas. Air panas/suam sangat mujarab dalam melegakan kesakitan.
Minta juga bantuan kaum adam untuk membawa sedikit *ration*/makanan untuk meringankan beban beg. *Period pain* ni memang sakit sangat. Jadi kaum lelaki minta beri kerjasama ya.
9. Jangan lupa bawa kain batik atau kain pelikat
Kain batik boleh dijadikan tuala mandi. Dengan ada kain juga, urusan tukar baju akan jadi lebih mudah buat kaum wanita ketika *emergency*.
10. Parut adalah musuh kaum wanita selepas terkena gigitan, and sunburn too!
Boleh sapukan *bio oil* atau *virgin oil* untuk hilangkan parut. Kulit yang terkena *sunburn* juga boleh dikurangkan dengan *bio oil* dan Aloe Vera. Selamat mencuba!
Image via SAYS
11. Terus JERIT jika diganggu oleh lelaki gatal/miang yang cuba mengambil kesempatan
Mana-mana kaum hawa yang diganggu oleh lelaki yang cuba mengambil kesempatan, terus jerit atau mengadu pada *gogo/guider* dan minta asingkan diri.
Jangan rasa takut dan biarkan keadaan begitu berterusan. Anda ada hak. *Fight! Go girls!*
12. Kawal emosi di dalam hutan dan jangan mudah menangis
Dalam keadaan yang lemah dan *vulnerable*, makhluk halus akan lebih mudah mengganggu diri kita. Rehatkan diri, *take 5 and chill*, kemudian teruskan melangkah dengan semangat yang positif.
13. Fakta: Wanita lebih mudah terkena hypothermia (kesejukan melampau)
Pakai stokin berlapis dan tutup ubun kepala sewaktu tidur malam. Untuk panaskan badan, minum air panas sebelum tidur.
14. Kaum hawa yang tak reti masak, apa yang perlu anda buat?
Lumrah menjadi *hikers* wanita untuk membantu di dapur semasa orang memasak, tidak kira sama ada anda reti masak atau tidak. Yang mana tak reti tu, rajin-rajinlah bertanya dan jangan takut untuk mencuba.
Image via Anastasia Azlan/Facebook
15. Bila kaum lelaki suruh kaum wanita mandi dulu, janganlah ambil masa terlalu lama seperti mandi di rumah
Itu tanda hormat kaum lelaki kepada kaum wanita. Masing-masing akan rasa melekit dan busuk. Jadi, gunakanlah masa itu sebaiknya. Kesian kaum lelaki.
Yang penting, perlulah *give and take, and respect each other*. Barulah pengalaman *hiking* jadi seronok!
Image via SAYS
So, selamat hiking semua!
Image via National Outdoor Adventure (NOA)
Kredit: **Anastasia Azlan**
[Facebook](https://www.facebook.com/profile.php?id=100008096687394) dan [Instagram](https://www.instagram.com/anastasiaazlan/)
No telefon: +6011-16666 827
**National Outdoor Adventure (NOA)** :
[Facebook](https://www.facebook.com/groups/nationaloutdooradventure/), [Instagram](https://www.instagram.com/nationaloutdooradventure/) dan [Twitter](https://twitter.com/discoverynoa).
Email: [email protected]
Mountain guide / teambulding / outdoor instructor
Qualified in providing services in ecotourism industry

