Dikecam Sebab Komen Tak Sensitif Isu Beras, Menteri Jepun Ambil Tindakan Letak Jawatan
Peletakan jawatan ini adalah yang pertama dalam Kabinet sejak ia dibentuk pada Oktober lalu.
Cover image via CNN & ReutersFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Disebabkan mengeluarkan kenyataan tidak pernah membeli beras kerana sering menerimanya sebagai hadiah, Menteri Pertanian Jepun, Taku Eto ambil tindakan untuk meletakkan jawatan selepas dikecam hebat
Menerusi laporan Harian Metro, kenyataan tersebut telah menimbulkan kemarahan rakyat Jepun yang tertekan dengan kenaikan harga beras ke paras tertinggi dalam sejarah.
"Saya membuat kenyataan yang amat tidak wajar ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga beras," katanya.
Media tempatan termasuk penyiar awam, NHK melaporkan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dijangka melantik bekas Menteri Alam Sekitar, Shinjiro Koizumi, sebagai pengganti Eto.
Image via The Japan Times
Peletakan jawatan tersebut dilihat menggugat kedudukan Perdana Menteri menjelang pilihan raya
Kenyataan yang mengatakan Eto tidak pernah membeli beras sebab mendapatnya 'secara percuma' daripada penyokong yang tersebar dalam majlis kutipan dana politik pada Ahad lalu terima kritikan hebat daripada wakil pembangkang dan juga ahli gabungan pemerintah.
Situasi ini dilihat semakin menggugat kedudukan Ichiba sebagai Perdana Menteri menjelang pilihan raya penting Julai nanti di mana peletakan jawatan Eto adalah yang pertama dalam Kabinet Ishiba sejak ia dibentuk pada Oktober lalu.
Harga beras yang meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu hingga mencecah paras tertinggi dalam beberapa dekad menjadi isu utama dalam kalangan pengundi di Jepun.
Kerajaan Jepun telah mengambil beberapa langkah sejak Mac lalu untuk menurunkan harga namun setakat ini masih belum menunjukkan hasil.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


