Dihina & Diejek Kerana Hitam, Gadis Ini Bangkit Dan Buktikan Cantik Tak Semestinya Putih
Hitam pun cantik okay!
Cover image via Instagram @HaneesyaHaneeBila cakap tentang cantik, pastinya yang terlintas di fikiran adalah putih, kurus, tinggi, kulit yang licin dan sebagainya
Tapi macam mana pula kepada mereka yang berkulit gelap? Adakah mereka layak untuk dipanggil buruk? Tak cantik? Terlalu hitam?
Seorang gadis, Haneesya Hanee, di Twitter menganggap hitam tidak semestinya tidak cantik. Haneesya yang juga berkulit hitam berasa sangat terkilan apabila selalu dihina oleh orang yang tidak dikenali kerana tidak mempunyai kulit yang putih melepak.
Namun, perkara itu tetap tidak menghalang dirinya untuk berasa cantik dengan penuh yakin.
Dia menulis, "Our Malay people have to stop thinking that 'putih' is cantik. I am Malay and i think i look great in dark skin."
Image via Instagram @haneesyahanee
Haneesya menyeru orang ramai untuk berhenti memikirkan bahawa hanya orang berkulit putih sahaja yang cantik. Menurutnya, tidak ada masalah langsung untuk orang berkulit gelap untuk merasakan dirinya cantik.
Gadis 18 tahun ini turut menyelar tindakan segelintir masyarakat yang terlalu obses untuk memutihkan kulit sehingga menjadikan orang berkulit gelap berasa rendah diri.
Image via Twitter @HaneesyaHanee
Seperti yang dijangka, ada saja pihak yang "panas punggung" dengan kenyataan beliau dan bertindak mencaci dan menghinanya, hanya kerana beliau berkulit gelap
Image via Twitter @HaneesyaHanee
Image via Instagram @haneesyahanee
Image via Instagram @haneesyahanee
Lebih teruk, Haneesya turut dihina dan mendapat label seperti "perempuan hitam tak sedar diri"
Image via Twitter @HaneesyaHanee
Tetapi, dalam pada ramai yang mengecam, masih ramai juga yang menyokong Haneesya. Masing-masing menyifatkan kenyataan beliau itu sama sekali benar, malah turut terjadi kepada orang lain.
Image via Twitter @HaneesyaHanee
Image via Twitter @HaneesyaHanee
Tweet tersebut telah tersebar luas sehingga turut mendapat perhatian Dr Amalina Bakri. Menurut Dr Amalina, "everyone is beautiful in their own way."
Image via Twitter @DrAmalinaBakri
Dr Amalina Bakri mengatakan semua orang mempunyai kecantikan yang tersendiri dan tidak perlu memberitahu orang lain yang mereka 'kurang cantik' hanya kerana mereka tidak layak untuk dipanggil cantik dalam fikiran sesetengah orang. Perkara itu sangat tidak bertimbang rasa.
Sesungguhnya cantik itu sangat subjektif. Bukan hanya yang berkulit putih mampu digelar 'cantik'.
Mereka yang berkulit sawo matang, gelap, kuning langsat dan sebagainya pun layak untuk menerima pujian dan layanan yang sama. Setuju?
Image via Instagram @haneesyahanee
Fuh, macam Ariana Grande pun ada Haneesya ni!

