Didakwa Terima Rasuah Lebih RM2.12 Juta, Bekas Panglima Tentera Darat Mengaku Tidak Bersalah
Difahamkan, pertuduhan tersebut mendakwa wang telah dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini
Menerusi laporan Harian Metro, pengakuan terbabit dibuat sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.
Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa menerima hasil aktiviti haram iaitu wang masing-masing yang bernilai RM969,000; RM474,850; RM488,550; dan RM190,000 dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tiga cawangan bank sekitar Kuala Lumpur antara 2 Februari 2024 hingga 7 November 2025.

Pendakwaan dijalankan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 