Didakwa Atas 9 Pertuduhan, Pemandu Lori Batu Terlibat Nahas FRU Mengaku Tidak Bersalah

Tertuduh dibenar diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan, 17 Jun tarikh sebutan semula kes.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemandu lori bawa muatan batu yang terbabit kemalangan tragis meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu, didakwa atas sembilan pertuduhan di Mahkamah Sesyen, hari ini

Menerusi laporan Berita Harian, tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibacakan secara berasingan terhadapnya di hadapan Hakim Nur Hamizah Shaffiuddin.

Dia didakwa memandu lori jenis Hino dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan penama sekitar jam 9.05 pagi 13 Mei lalu di Kilometer (KM) 15 Jalan Sungai Manik di daerah Hilir Perak.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian S Perumal, 44; Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit AK Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28.

Tertuduh juga boleh hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenar diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan, 17 Jun tarikh sebutan semula kes

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Francis Sinnappan.

Izzuddin Fakri menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, selain memohon syarat tambahan dikenakan iaitu lesen memandu tertuduh digantung hingga kes selesai di mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran setiap minggu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan dan membenarkan syarat yang dimohon oleh pihak pendakwaan, selain menetapkan tarikh 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum itu, Francis pada mulanya memohon ikat jamin minimum dengan mengambil kira pendapatan anak guamnya RM2,000 sebulan sebagai pemandu lori sekitar dan menghidap asma, selain menyatakan tertuduh yang masih bujang serta tinggal di daerah Hilir Perak itu akan memenuhi syarat-syarat ditetapkan mahkamah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: